Masalah pada gearbox ni antara perkara biasa dalam penjagaan kereta. Tak tukar minyak gear pun boleh jadi punca kerosakan gearbox.
Itu yang ramai terlepas pandang! Tak rajin tukar minyak gear boleh akibatkan masalah yang serius.
Tapi macam mana nak tahu tanda-tanda gearbox rosak ni?
Kalau ada terhidu bau hangit atau hangus ni, ni tanda ada komponen kereta yang tak function elok.
Biasanya bau ni menandakan gearbox bermasalah yang berpunca daripada paras minyak gearbox rendah atau bocor.
Bila bocor atau kurang je, geseran berlebihan akan berlaku yang menyebabkan enjin jadi overheat atau terbakar.
Bunyi ni akan terhasil semasa kita menukar gear. Bunyi seperti berdengung atau hentakan ni lah tanda gearbox kereta perlu diservis.
Kereta moden sekarang dah dilengkapi dengan sensor amaran kalau ada masalah enjin kereta.
Kalau kereta kita pun ada sensor ni, cepat-cepat bawa ke bengkel. Jangan bertangguh kalau bab gear.
Gearbox yang sihat biasanya takda masalah bila kita nak beralih gear.
Tapi kalau ada respons agak lambat, tersekat atau takda respons langsung, ini tanda masalah gearbox anda bertambah serius.
Gear kereta boleh tergelincir bila kita ada mengalihkan gear sebagai contoh, dari N (neutral) ke D (drive). Tetapi tergelincir ke gear lain tanpa sebarang input luaran.
Isu gelinciran gear ni disebabkan minyak gear kurang atau jalur transmisi yang dah haus.
Ni dah kira tahap bahaya dan boleh merosakkan enjin kereta.
Kalau anda ada jumpa tanda-tanda ni atau salah satunya, cepat-cepatlah pergi bengkel. Pishang mat kalau makin dibiarkan gear rosak ni.
Selalu poket kering time nak bayar insurans kereta? Nak tahu tips menyimpan? Baca di sini
Apa nak buat bila kereta rosak tiba-tiba? Baca di sini
Nak renew insurans dan roadtax kereta? Klik di sini
Nak transfer ownership kenderaan? Klik di sini
Nak check NCD kereta secara online? Klik di sini