Tak layak terima perlindungan insurans kenderaan?

Nak ambil insurans kenderaan pun perlu kelayakan ke? Perlindungan insurans ni adalah perkara penting yang kita perlu ada sebagai persediaan jika berlakunya kemalangan di atas jalan raya. Walaubagaimanapun, ada beberapa situasi yang menyebabkan kita tak layak untuk buat permohonan perlindungan insurans kenderaan.

Tak layak terima perlindungan insurans kenderaan?

Sebab-sebab tak layak terima perlindungan insurans kenderaan

1. Berlaku rusuhan atau perang

Syarikat insurans takkan tanggung sebarang kerugian kalau berlaku sebarang kerosakan pada kenderaan yang disebabkan oleh perusuh.

Kalau perlukan perlindungan insurans, kita perlu buat permohonan perlindungan tambahan dari syarikat insurans dengan membayar pelan insurans bagi kenderaan dipandu.

2. Kecurian aksesori kenderaan

Bagi individu yang suka cantikkan kereta ni kami sarankan untuk sediakan polisi tambahan bagi kenderaan dipandu. Kenderaan yang banyak aksesori ni risiko berlaku kecurian sangat tinggi sebab kita buat sesuatu yang mampu tarik perhatian orang lain!

Insurans takkan beri sebarang perlindungan jika berlaku sebarang kecurian pada kenderaan yang mempunyai aksesori tambahan ya! Jadi, berpada-pada lah nak tambah aksesori tu, takut lagi membawa risiko!

3. Bencana alam

Jika kita tinggal di kawasan yang sering dilanda banjir contohnya, kita digalakkan untuk buat permohonan polisi tambahan bagi kenderaan. Polisi ni dipanggil Special Perils atau Peril Khas.

Syarikat insurans tak akan bagi sebarang perlindungan kalau kita tak buat sebarang permohonan polisi tambahan. Baru-baru ni memang banyak kes kereta tenggelam banjir walaupun berada di kawasan yang tak pernah banjir. Lebih baik kita ambil insurans tambahan ni sebagai langkah berjaga-jaga!

4. Kecederaan atau kematian

Syarikat insurans tak akan tanggung kalau kemalangan berpunca dari kecuaian sendiri.

Kalau berpunca dari individu lain pulak, polisi insurans bagi individu yang bersalah akan digunakan untuk membayar ganti rugi ke atas sebarang kecederaan dan juga kematian yg berlaku.

5. Liabiliti Undang-undang Untuk Penumpang Dan Kepada Penumpang

Jika kita terlibat dalam kemalangan yang melibatkan individu lain di dalam kereta, perlindungan dan pampasan hanya akan dapat pada pemandu.

Kalau nak perlindungan kepada individu lain yang berada di dalam kenderaan dipandu, kita disarankan untuk ambil polisi tambahan iaitu Liabiliti Undang-undang Kepada Penumpang.


Kita perlulah sentiasa bersedia dengan segala masalah yang akan berlaku. Malang tidak berbau, sebelum terjadi sebarang masalah pastikan kita telah dilindungi oleh insurans. Renew insurans kenderaan anda hari ini dengan Carver!


Jangan pandu kereta tanpa insurans! Boleh baca di sini

Lesen dah expired, nak renew? Klik di sini

Nak transfer ownership kereta atau motosikal? Klik di sini

Nak kira harga roadtax? Klik di sini

Nak check NCD? Klik di sini