Tips untuk beli insurans yang terbaik untuk kereta!

Admin
in Roadtax & Insurans, Tips
Jun 12 ยท

3 TIPS UNTUK BELI INSURANS KERETA

Setiap tahun, kita mesti akan renew insurans. Kereta, motor, bas, lori, van semua pun wajib untuk renew insurans!

Sebelum kita beli tu, lebih baik kita semak harga insurans kereta terlebih dahhlu untuk ketahui berapa jumlah premium yang perlu dibayar. Kita boleh elak dari harga yang terlalu mahal dan tidak berpatutan.

Kami ada beberapa tips untuk anda beli insurans kereta, motor atau apa-apa jenis kenderaan lain dengan mudah!


car insurance, insuran kereta, renew insuran kereta online, renew insuran, beli insuran kereta, renew insuran online

1. HARGA INSURANS KERETA SEMASA

Kita boleh semak harga Market Value yang terkini. Macam mana nak semak? Kita gunakan kemudahan internet. Cari di Google ataupun boleh tengok website ni https://www.mycarinfo.com.my/MarketValue

Bila kita dah dapatkan anggaran harga Market Value, ktia boleh inform nilai tu kepada syarikat insurans untuk mereka buat sebut harga.

Kalau Market Value lagi rendah dari harga insurans macam mana? Syarikat insurans akan kenakan denda masa proses buat tuntutan. Ini dipanggil Agreed Value (5% rendah dari Market Value).

2. SEMAK LOADING PERCENTAGE

Loading ni caj tambahan ke atas premium asas untuk sesuatu risiko. Syarikat insurans yang akan menentukan nilai untuk sesuatu risiko dan mungkin nilainya berbeza walaupun risiko yang sama.

Mereka biasanya kenakan loading sebanyak 15% sehingga 35%. Apa yang buat nilai tu berubah adalah berdasarkan claims ratio, sejarah buat tuntutan sebelum ini. Ada syarikat insurans yang kenakan loading dan ada juga yang tak. Jadi, kita boleh semak dulu.

3. TAK PERLU CARI ORANG INSURANS

Di Carver, kami ada beberapa pilihan Takaful yang mematuhi syariah. Kami lebih mengutamakanTakaful sebab dana yang dikumpulkan adalah dari hasil sumber pelaburan yang halal.

Kalau nak tahu apa perbezaan insurans konvesnsional dengan Takaful, anda boleh baca di sini

Bila nak renew insurans, isi sahaja maklumat diri dan kereta. Kami akan bagi sebut harga serta merta dan anda boleh pilih mengikut bajet dan penggunaan yang sesuai. Tak perlu susah-susah cari ejen insurans. Kita juga boleh elak dari hidden charges yang dikenakan oleh ejen-ejen.


Bila kita tanya kenalan, insurans yang mana paling bagus dan berpatutan. Mereka akan recommend insurans yang berbeza-beza. Harga pun semua akan berlainan. Kenapa harga insurans berbeza-beza?

Di Carver, anda pilih syarikat insurans dan bandingkan harga sendiri!


Hanya 3 langkah mudah untuk renew roadtax dan insurans di www.carver.my! Kalau anda nak semak No Claim Discount (NCD) boleh klik di sini.

    Comments are closed

    created with