Ramai yang selalu salah faham tentang Takaful!

Takaful tak sama macam insurans Konvensional?

Sebenarnya Takaful dah lama ada di Malaysia. Sejak tahun 1993 lagi. Walaubagaimanapun, masih ramai yang masih tak faham atau tak berapa tahu tentang Takaful ni.

Kenapa? Sebab ramai masih ada persepsi yang Takaful ni hanya untuk orang Muslim sahaja. Betul ke? Mestilah… tak betul!

Ramai masyarakat Malaysia yang masih ada kesalahan faham tentang Takaful. Jom kita kupas satu per satu!


insuran kereta, takaful insurance, insuran takaful, takaful kereta, renew insuran online

KESALAHAN FAHAM TENTANG TAKAFUL

1. UNTUK MUSLIM SAHAJA

Memang Takaful mengikut syariah Islam tapi bukan lah bermakna insuran ni hanya ditawarkan kepada orang Muslim sahaja. Sesiapa pun boleh ambil Takaful, tiada halangan.

Takaful lebih mematuhi syariah berbanding insuran konvensional. Takaful tidak membenarkan elemen-elemen yang terlarang dalam Islam, iaitu: Riba’ (Faedah), Masyir (Spekulasi), Gharar (Ketidakpastian).

Takaful lebih mengamalkan keadilan untuk pastikan semua pemegang polisi dan syarikat insuran berkongsi risiko dan keuntungan secara sama rata. Jadi, tak ada pihak yang akan mengalami kerugian.

2. OBJEKTIF TAKAFUL DAN INSURAN KONVENSIONAL BERBEZA

Objektif untuk kedua-dua Takaful fan insurans konvensional sama je sebenarnya. Objektifnya adalah untuk memberi perlindungan kepada semua pemegang polisi apabila berlakunya kemalangan atau kejadian buruk.

Bagi insurans konvensional, pemegang polisi akan membeli satu pelan insurans. Kemudian, syarikat insurans akan membuat pelaburan untuk mendapatkan keuntungan. Keuntungan tu hanyalah untuk syarikat insurans sahaja.

Bagi Takaful pula, mereka akan membuat pelaburan mengikut syariah dari wang yang dikumpul. Keuntungan yang diterima akan diagihkan kepada semua secara adil.

Untuk tahu perbezaan lain bagi insuran konvensional dan Takaful, anda boleh baca di sini

3. SATU LEBIH BAIK DARI YANG LAIN

Setiap insuran ada kebaikan dan kelebihan masing-masing. Terpulanglah kepada pemegang polisi nak pilih yang mana. Insuran konvensional mungkin lebih mengutamakan keuntungan. Jadi, pelaburan yang tidak patuh syariah pun mereka buat sahaja.

Kalau Takaful, mereka tidak ambil keuntungan [penerimaan faedah] sebab tidak dibenarkan. Mereka membuat pelaburan untuk sustain dan bukan untuk kaut keuntungan. Sebab itu keuntungan akan diagih semula kepada semua pemegang polisi ataupun disumbangkan kepada tabung-tabung amal.


Di Carver, kami hanya mengutamakan produk Takaful untuk para pelanggan kami! Renew roadtax dan insuran anda hari ini di www.carver.my!

Nak semak No Claim Discount? Klik di sini.

Nak renew lesen? Klik di sini.