Cara memandu di simpang tiada tanda isyarat

Bila sampai simpang empat tak ada lampu isyarat ni jadi pening. Lagi-lagi kawasan kampung.

Siapa nak jalan dulu ni? Aku ke kau dulu?

Susah bila dalam situasi ni. Lagi lah kalau pemandu lain tu bawah umur. Selalu jadi eksiden kat kawasan ni!

Bila kita jumpa persimpangan yang tak ada lampu isyarat ni, benda pertama kita kena buat adalah perlahankan kenderaan.

Lepas tu tengok keadaan dan tanda yang ada di persimpangan tu baru decide siapa yang boleh keluar dulu.


Apa lagi kita perlu buat bila jumpa simpang tak ada tanda isyarat ni?

CARA MEMANDU DI SIMPANG TIADA TANDA ISYARAT

1. Persimpangan tidak bertanda

Macam biasa, slowkan kenderaan dulu. Kalau nampak ada kenderaan lain yang dah masuk ke simpang tu, beri laluan.

Jika kita dan kenderaan lain tiba pada masa yang sama, beri laluan pada kenderaan yang datang dari sebelah kanan.

2. Persimpangan bertanda ‘BERHENTI’ atau ‘BERI LALUAN’

Hentikan kenderaan sampai lah tiada sebarang lintasan trafik di hadapan atau dari arah kanan.

Beri laluan kepada kenderaan yang datang dari arah hadapan atau kanan.

3. Simpang tiga atau simpang T

Kalau nampak simpang tiga atau simpang T, kita kena berhenti di persimpangan terlebih dahulu.

Pastikan kenderaan daripada laluan utama atau daripada arah kanan selesai melintasi persimpangan. Barulah kita boleh keluar daripada simpang dengan selamat.

4. Bulatan

👉🏻 Masuk arah pukul 9

Kita perlu kekal di laluan kiri dan memberikan isyarat kiri.

Kita kena selalu perhati kenderaan yang mungkin melintas daripada arah kanan.

👉🏻 Masuk arah pukul 12

Kita boleh memilih sama ada kekal di laluan kiri atau laluan kanan.

Kita juga perlu perhatikan kenderaan daripada arah kanan.

Sebelum keluar daripada bulatan, pastikan kita dah beri lampu isyarat kiri untuk memberikan peringatan kepada pemandu dari arah belakang.

👉🏻 Masuk arah pukul 3

Kita perlu kekal di laluan kanan dan berikan lampu isyarat membelok ke kanan.

Perhatikan kenderaan daripada arah kanan sebelum memasuki ruang bulatan.

Bila dah hampir susur keluar pukul 3, berikan isyarat kiri dan keluar daripada kawasan bulatan dengan selamat.

👉🏻 Pusingan U/arah pukul 6

Sama seperti peraturan arah pukul 3, kita perlu kekal di laluan kanan dan berikan isyarat sebelah kanan.

Perhatikan kenderaan daripada arah kanan dan masuk kawasan bulatan dengan selamat.

Berikan lampu isyarat arah kiri sebelum keluar daripada bulatan .


Fehh kalau faham semua steps di bulatan dan simpang tanpa tanda isyarat ni, kita tak akan pening lagi!

Eksiden pun boleh dikurangkan kalau kita faham dan ikut semua betul-betul.


Nak tahu kadar had laju jalan raya? Baca di sini

Apa penyebab utama kemalangan jalan raya? Baca di sini

Nak check NCD kenderaan? Klik di sini

Nak kira nilai roadtax? Klik di sini

Nak renew roadtax dan insurans kereta? Klik di sini