Kamera dashboard atau yang kita panggil dashcam sekarang dah jadi benda perlu ada dalam kereta. Kalau tak pasang atau tak ada dashcam ni dalam kereta kita, polis pun dah tak nak layan kalau ada kes tertentu.
Kalau kita dah tahu specs dashcam mana yang bagus dan sesuai, masa beli pun tak ada lah kena tipu dengan seller. Bila dah ada dashcam pun tak akan kena tipu bila kita kemalangan.
Boleh terselamat dua kali dari kena tipu!
1. Klip Video
Untuk klip video dashcam, lebih baik kalau kita ambil dashcam dengan resolusi minimum HD 720p. Elakkan pilih dashcam dengan resolusi yang lebih rendah sebab video jadi tak bagus…
❌ Tak nampak nombor plet kereta
❌ Tak nampak wajah pelaku kemalangan
❌ Tak nampak gambaran sebenar kemalangan
2. Fungsi night vision
Pastikan dashcam kita ada fungsi night vision. Kalau ada fungsi ni, video kita pun tak akan ada Noise dan visual lebih terang seperti siang walaupun video waktu malam.
3. Simpanan memori yang tinggi
Dashcam ni merakam video, bukan gambar. Jadi, memori simpanan tu sepatutnya minimum 64GB atau lebih besar. Baru ngam.
4. Saiz dashcam
Saiz dashcam juga memainkan peranan semasa pembelian. Jangan syok sangat beli yang yang besar-besar macam handphone. Boleh halang pandangan kita sewaktu memandu!
5. Pengesanan lokasi GPS
Fungsi pengesanan GPS ni adalah sama penting untuk memudahkan kita detect lokasi kejadian.
Fungsi ni juga bantu untuk kita tahu kelajuan kenderaan semasa kita memandu. Kalau untuk isteri nak spy aktiviti suami, fungsi ni penting buat anda! 🙊
Pilih seller jual dashcam pun kena hati-hati juga, banyak kedai aksesori ambil kesempatan jual harga yang lebih tinggi dari pasaran. Nak jimat, beli dashcam sendiri dan upah kedai pasangkan.
Kalau beli sendiri, kita pun tahu specs mana yang kita mahukan. Kalau perlukan orang suggest yang baik, buat research di Google dan Youtube dulu. Banyak brand reviews kita boleh tengok!
Apa nak buat bila kemalangan? Boleh baca di sini
Buat claim insurans tapi kena reject? Boleh baca di sini
Nak transfer ownership kereta? Klik sini
Nak renew insurans motorsikal? Klik sini
Nak check NCD kereta secara online? Klik sini