Microsleep boleh akibatkan kemalangan maut?

Selalu kan dengar pasal kemalangan jalan raya disebabkan microsleep? Lagi-lagi yang memandu di lebuh raya, memang ramai terkena microsleep!

Apa maksud microsleep ni?

Microsleep ni satu insiden di mana kita terlelap dalam kurang 30 saat. Kita memang tak akan perasan yang kita boleh terlelap sekejap semasa memandu ni.

Banyak sangat kes kemalangan kenderaan berpunca daripada microsleep. Dan benda ni selalu berlaku dekat pemandu yang memandu jarak jauh atau terlalu lama hadap kesesakan trafik.

Bukan setakat kemalangan kecil, tapi kemalangan yang membawa MAUT!

Sebab tu pentingnya untuk kita aware dengan masalah microsleep ni dan cari solusi untuk cegah daripada terus berlaku.


Apa nak buat untuk cegah microsleep ni?

Microsleep akibatkan kemalangan maut

1. Power nap

Ambil masa untuk power nap di tempat rehat dan rawat. Dapat power nap 20-30 minit pun dah ok.

Power nap ni jangan buat macam tidur malam. Kalau terlalu lama, kita pun rasa lembik bila bangun.

Bila dapat power nap sekejap dan dah rasa fresh, boleh teruskan memandu dengan fokus.

2. Bercakap dengan orang lain

Sambil-sambil memandu, boleh lah kita berbual dengan orang lain dalam kereta. Kalau boleh berbual lah topik yang tajam fikiran baru lah tak mengantuk.

Jika tak ada orang lain, boleh pasang podcast pada radio kita. Sekarang dah banyak podcast boleh dengar melalui Spotify.

3. Ambil kafein

Antara ubat paling mujarab untuk mengantuk mestilah kafein. Selalunya orang akan bawa bekal kopi ni siap-siap dalam kereta. Rasa mengantuk je terus teguk!

Kalau perjalanan jauh dan makan masa yang lama, wajib tapau kopi atau minuman bertenaga banyak-banyak dalam kereta.

Kita tak boleh jangka bila mengantuk atau rasa penat tu datang.


Nak tahu kenapa suhu kereta boleh naik tiba-tiba? Baca di sini

Apa tanda-tanda pad brek dah tak boleh pakai? Baca di sini

Nak kira NCD kereta? Klik di sini

Nak transfer pemilikan kenderaan? Klik di sini

Nak renew roadtax motosikal? Klik di sini