Ketahui cara check saman PDRM dan JPJ secara online!

Saman PDRM dan JPJ jangan buat tak endah ya. Tak boleh culas bayar saman-saman yang ada.

Kalau tak, tunggu lah surat dari mahkamah!

Nak renew roadtax dan lesen pun tak lepas bila ada saman ni terutamanya saman PDRM dan JPJ yang memang wajib kita bayar.

Sekarang saman dah advanced. Yang mana polis tak tahan atau tak bagi tiket saman kat tingkap kereta tu, jangan ingat terlepas!

Saman zaman sekarang ni tahu-tahu je dah ada dalam sistem. Lepas tu tiba-tiba je sampai surat dekat rumah.

Ni kalau tak rajin check, naya!

Sekarang dah mudah, nak check saman boleh check online je…


Dah boleh check saman secara online je

Jom ambil tahu macam mana nak check saman secara online…

1. Sistem Pesanan Ringkas (SMS)

Paling senang nak guna adalah SMS! Ni takda masalah lah walaupun kita takda internet nak check saman online.

PDRM 👉🏻 Taip POLIS >jarak< SAMAN >jarak< No Kad Pengenalan atau No Plat Kenderaan dan hantar ke 15888

JPJ 👉🏻 Taip JPJ >jarak< SAMAN >jarak< No Kad Pengenalan atau No Plat Kenderaan dan hantar ke 15888

Biasanya kita akan terus dapat jawapan atau terpaksa tunggu beberapa hari bergantung pada sistem.

2. Aplikasi MyBayar Saman PDRM

Download je apps MyBayar Saman di telefon pintar kita. Android atau iOS semuanya boleh download secara percuma.

Daftar dan terus boleh semak saman yang di bawah IC kita. Nak terus bayar pun boleh.

Apps ni untuk kita check saman dari polis iaitu PDRM.

3. Laman web rasmi JPJ

Saman JPJ atau AES boleh disemak di laman web rasmi JPJ. Tetapi saman ni kena dibayar di kaunter JPJ atau MyEG online sahaja. Nak check boleh, bayar kat pejabat atau MyEG lah kiranya.


Dah tahu cara nak check saman online tu, baik terus check sekarang!

Jangan biarkan tertunda lama sangat. Kang saman terkumpul, ternganga bila tiba masa nak kena bayar.


Nak tahu tanda-tanda alternator kereta rosak? Baca di sini

Nak tahu cara hapus lipas dalam kereta? Baca di sini

Nak renew roadtax motor? Klik di sini

Nak kira harga roadtax? Klik di sini

Nak tukar insurans ke Etiqa Takaful? Klik di sini