5 tanda-tanda alternator kereta telah rosak

Tak syok betul lah bila bawa kereta ke bengkel dan ada benda yang rosak ni. Tiba-tiba pomen kata alternator kereta rosak.

Ha alternator ni apa pulak?

Alternator ni penjana kuasa elektrik dalam kenderaan dan jadi komponen utama untuk sistem pengecasan kenderaan kita.

Alternator berfungsi untuk menjana elektrik kepada aksesori kereta seperti lampu, aircond kereta, wiper dan lain-lain.

Dalam masa yang sama, alternator bertindak untuk menjaga pengecasan bateri untuk bantu menghidupkan kenderaan.

Sebab tu kalau alternator rosak, memang tak gerak lah kereta kita.


Jom ambil tahu 5 tanda alternator kita mula rosak…

5 tanda alternator kereta telah rosak

1. Lampu amaran bateri menyala

Ramai salah anggap lampu amaran bateri pada dashboard ni menyala sebab masalah bateri sahaja. Sedangkan masalah bateri kereta longgar atau kerosakan alternator pun boleh jadi punya lampu ni menyala.

Jadi, kena sentiasa alert dengan amaran pada dashboard kereta.

2. Lampu kereta malap

Alternator kan penjana kuasa elektrik pada kenderaan kita.

Bila lampu kereta jadi malap, kurang cerah atau berkelip-kelip ni pun simptom alternator kereta rosak jugak.

3. Enjin bunyi pelik

Bunyi pelik pada enjin kereta ni benda biasa sebenarnya. Tapi kalau alternator rosak, enjin akan hasilkan antara 2 bunyi ini..

✅ Menderam (growling)
✅ Berkeriut (grinding)

Bunyi berkeriut ni agak bahaya sebab mungkin terhasil daripada crankshaft pulley yang telah haus. Jadi kena cepat-cepat ke bengkel.

4. Kereta bau getah terbakar

Bau getah terbakar atau wayar terlalu panas ni antara dua situasi alternator kita dah rosak.

Alternator kereta ni bekerjasama dengan crankshaft pulley untuk berputar dengan bebas. Jadi bila alternator rosak, pulley ni akan ganggu pergerakan dan buat alternator jadi overheat.

Itu yang boleh hasilkan bau getah terbakar.

5. Enjin tak boleh hidup

Enjin kereta tak boleh hidup ni selalunya disebabkan bateri kong atau alternator dah rosak.

Kalau bateri kereta baru je ditukar tapi kereta masih tak hidup, ni antara tanda puncanya datang dari kerosakan alternator.


Haa kan dah kenal tanda-tanda alternator rosak. Lepas ni jangan tak ingat pulak ya!


Ambil tahu 5 cara jaga kereta ketika musim hujan! Baca di sini

Motor pun ada problem magnet coil? Baca di sini

Nak renew insurans dan roadtax kereta? Klik di sini

Nak renew lesen memandu? Klik di sini

Nak pindah pemilikan kenderaan? Klik di sini