Ambil peduli 5 ciri-ciri alternator kereta rosak

Rasa tak best betul lah bila bawa bengkel dan ada benda yang rosak ni. Tiba-tiba pomen kata alternator kereta rosak.
Ha alternator ni apa pulak?
Alternator ni penjana kuasa elektrik dalam kenderaan dan jadi komponen utama untuk sistem pengecasan kenderaan kita.
Alternator berfungsi untuk menjana elektrik kepada aksesori kereta seperti lampu, aircond kereta, wiper dan lain-lain.
Dalam masa yang sama, alternator bertindak untuk menjaga pengecasan bateri untuk bantu menghidupkan kenderaan.
Sebab tu kalau alternator rosak, memang tak gerak lah kereta kita.
Jom ambil tahu 5 tanda alternator rosak…

1. Lampu amaran bateri menyala
Ramai salah anggap lampu amaran bateri pada dashboard ni menyala sebab masalah bateri sahaja. Sedangkan masalah bateri kereta longgar atau kerosakan alternator pun boleh jadi punya lampu ni menyala.
Jadi, kena sentiasa alert dengan amaran pada dashboard kereta.
2. Lampu kereta malap
Alternator kan penjana kuasa elektrik pada kenderaan kita.
Bila lampu kereta jadi malap, kurang cerah atau berkelip-kelip ni pun simptom alternator kereta rosak jugak.
3. Enjin bunyi pelik
Bunyi pelik pada enjin kereta ni benda biasa sebenarnya. Tapi kalau alternator rosak, enjin akan hasilkan antara 2 bunyi ini..
✅ Menderam (growling)
✅ Berkeriut (grinding)
Bunyi berkeriut ni agak bahaya sebab mungkin terhasil daripada crankshaft pulley yang telah haus. Jadi kena cepat-cepat ke bengkel.
4. Kereta bau getah terbakar
Bau getah terbakar atau wayar terlalu panas ni antara dua situasi alternator kita dah rosak.
Alternator kereta ni bekerjasama dengan crankshaft pulley untuk berputar dengan bebas. Jadi bila alternator rosak, pulley ni akan ganggu pergerakan dan buat alternator jadi overheat.
Itu yang boleh hasilkan bau getah terbakar.
5. Enjin tak boleh hidup
Enjin kereta tak boleh hidup ni selalunya disebabkan bateri kong atau alternator dah rosak.
Kalau bateri kereta baru je ditukar tapi kereta masih tak hidup, ni antara tanda puncanya datang dari kerosakan alternator.
Haa kan dah kenal tanda-tanda alternator rosak. Lepas ni jangan tak ingat pulak ya!
Nak check saman secara online? Baca di sini
Gearbox kereta ada tanda rosak? Baca di sini
Nak renew insurans dan roadtax kereta? Klik di sini
Nak renew lesen memandu? Klik di sini
Nak transfer ownership kenderaan? Klik di sini