Ketahui 5 punca kerosakan terjadi pada tayar kereta

Banyak sebab kenapa tayar kereta boleh bermasalah atau rosak.

Dan jangan terkejut. Faktor kerosakan pada tayar kereta ni lah boleh jadi risiko kemalangan jalan raya!

Jadi, jom ambil tahu 5 sebab kerosakan tayar kereta ni awal-awal sebelum terjadi benda yang tak diingini!


Punca kerosakan pada tayar kereta

Antara 5 punca kerosakan boleh terjadi pada tayar kereta adalah…

1) Bunga tayar haus melintang

Tayar kereta sekiranya ada tanda bunga tayar haus tidak sekata, kemungkinan ini masalah cupping. Masalah cupping atau scalloped tires ni berpunca dari masalah suspensi kenderaan.

Komponen suspensi kenderaan seperti…

πŸ‘‰πŸ» Shock absorber
πŸ‘‰πŸ» Strut
πŸ‘‰πŸ» Bushing

Tayar cupping ni boleh menyebabkan kerosakan cupping wear.

2) Tayar botak tepi

Tekanan angin tayar yang terlalu kurang boleh menyebabkan tayar menjadi haus atau botak tepi.

3) Tayar botak tengah

Angin tayar berlebihan pula boleh menyebabkan bunga tayar haus atau tayar botak di bahagian tengah. Tekanan angin tayar yang terlalu tinggi boleh membuatkan cengkaman tayar pada jalan berkurangan.

Tayar juga boleh jadi bengkak dan boleh menyebabkan tayar pecah.

4) Tayar botak tidak sekata

Sekiranya tayar rosak secara rawak atau ada patchy spot, ni berpunca daripada masalah balancing.

Balancing tayar ni kena buat paling-paling 6 bulan sekali. Kalau tak, tayar memang OUT.

5) Tayar makan dalam

Tayar makan dalam biasanya berpunca daripada alignment kereta tidak betul. Alignment ni proses meluruskan kedudukan tayar selari dengan roda stereng.

Kalau kedudukan ni tak betul, terjadilah masalah tayar makan dalam atau kehausan tayar secara tak sekata.


Kebanyakan punca-punca kerosakan tayar kereta ni kita tak pernah tahu pun.

Bila dah rosak, tahu hantar kedai je. Tapi tak check puncanya kenapa.

Penting untuk kita ketahui punca kerosakan tayar ni. Barulah tahu macam mana nak jaga tayar kereta dengan baik!


Tahu tak kenapa bateri kereta boleh kong tiba-tiba? Baca di sini

Kemalangan jalan raya dah kerap berlaku. Nak tahu kenapa? Baca di sini

Nak renew insurans kereta? Jom guna Etiqa Takaful! Klik di sini

Nak renew lesen memandu? Klik di sini

Nak kira harga roadtax semasa? Klik di sini