Punca bateri kereta boleh kong tiba-tiba

Selain masalah enjin atau tayar kereta, masalah bateri kereta ni pun masalah yang common juga.

Tiba-tiba kereta tak boleh hidup, tiba-tiba mati tengah jalan. Rupa-rupanya bateri kereta dah kong!

Ini paling tak suka, tak memasal kena tukar baru bateri tu.

Nanti dulu!

Jangan terus tukar bateri kereta kepada yang baru sebelum kita tahu apa masalah sebenar bateri jadi kong.

Tak semestinya kereta perlukan bateri baru dulu baru boleh hidup. Kadang-kadang perlu dicas sahaja.

Jom ambil tahu apa 3 punca utama bateri boleh kong.


Punca bateri kereta boleh kong tiba-tiba

Ada 3 punca utama kenapa bateri kereta boleh kong…

1) Kereta jarang bergerak

Semua kereta perlu bergerak dengan kerap untuk menggalakkan bateri kereta dicaj dengan automatik. Kalau jarang bergerak atau tidak bergerak langsung, bateri kereta akan cepat kong.

Lagi jauh dan kerap kereta jalan, lagi panjang hayat bateri kereta kita.

2) Bateri kereta lemah

Banyak komponen lain dalam kereta boleh terjejas akibat bateri kereta lemah terutamanya sistem caj dan starter.

Komponen ini terpaksa mengeluarkan voltan yang lebih tinggi kerana kuasa bateri kereta sudah berkurang.

3) Cuaca tak kena

Bateri kereta boleh mati sekiranya cuaca terlalu sejuk ataupun terlalu panas. Komponen lain pun mungkin tak berfungsi dan jadi rosak.


3 faktor ini jadi sebab utama bateri kereta boleh jadi rosak.

Sebab tu lah tak semestinya tukar bateri baru boleh terus gerak kereta tu.

Cuba cas dulu seberapa ketika dan start enjin. Guna macam biasa dan pantau performance kereta tu.

Kalau rasa performance masih tak best, masa ni lah boleh hantar ke kedai untuk check.

Kadang-kadang ada komponen perlu ditukar. Boleh jadi kena tukar baru terus.


Ada dua jenis bateri yang anda perlu tahu. Baca di sini

Apa ciri-ciri tinted gelap lulus JPJ? Baca di sini

Nak renew lesen memandu? Klik di sini

Nak tukar pakai insurans kereta kepada Takaful? Klik di sini

Nak check NCD kereta? Klik di sini