Ketahui 5 cara jaga kereta ketika musim hujan

Memang berkurang lah orang pergi carwash musim-musim hujan ni. Sayang sangat kang basuh, kotor balik.

Ehh, bukan luaran kereta je kena jaga. Dalaman pun sama. Kalau pergi carwash kan boleh dapat bersihkan luar dan dalam.

Bukan kebersihan kereta je kena jaga! Ada banyak benda lain yang kita perlu jaga untuk kereta kita ketika musim hujan ni…


Jom ambil tahu 5 tips jaga kereta ketika musim hujan…

Ketahui 5 cara jaga kereta ketika musim hujan

1. Sentiasa periksa tayar kereta

Tayar kereta ni benda pertama kita kena check bila masuk je musim hujan. Lagi-lagi bunga tayar.

Kalau tayar yang haus, bunga tayar tak mampu nak mencengkam jalan yang licin dengan baik. Jadi pastikan kesemua tayar kereta kita masih ada bunga tayar dan tayar masih berkeadaan baik.

2. Pantau kondisi bateri kereta

Memandu semasa hujan ni boleh akibatkan bateri kereta cepat habis. Cuaca lembap pun boleh menghakis terminal bateri dah pendekkan jangka hayat bateri.

Rajin-rajinlah periksa sendiri bateri kereta tu.

3. Parking di kawasan berbumbung

Air boleh datangkan beberapa masalah kepada kereta kita. Antaranya menghakis logam kereta, merosakkan getah, dan boleh terjadi kebocoran.

Pendek kata kalau kereta terdedah pada hujan, bahagian luaran dan komponen kereta kita lebih cepat lusuh dan rosak.

Sebolehnya cari lah tempat berbumbung setiap kali nak park kereta.

4. Periksa wiper kereta

Ni paling penting! Wiper kereta rosak, macam mana nak drive dalam waktu hujan?

Wiper berkarat pun boleh mengundang masalah wiper boleh terpatah sendiri ya. Sekarang wiper dah boleh dapat harga murah, boleh tukar baru kalau dah tak elok.

5. Jaga pemanduan

Memandu masa hujan ni tak boleh ego. Kena perlahan je bawa kereta.

Takut termasuk lopak air yang besar, naya kereta kita!


Jaga pemanduan dan kereta anda ketika musim hujan!


Macam mana nak tahu tanda-tanda gearbox kereta dah rosak? Baca di sini

Apa 5 bahagian penting kereta yang kita kena tahu? Baca di sini

Nak renew insurans dan roadtax motosikal? Klik di sini

Nak renew lesen memandu? Klik di sini

Nak dapatkan sebut harga Etiqa Takaful? Klik di sini