CERMIN KERETA RETAK TERKENA BATU KECIL

Cermin kereta retak terkena batu di highway

Admin
in Uncategorized
Jun 23 ยท

Gerun setiap kali ada retak pada cermin kereta yang kita baru tersedar. Sejak bila retak ni ada?

Ada juga yang selalu sangat terkena retak ni bila lalu highway. Retak kecil disebabkan batu kecil yang kita pun tak perasan.

Masa ni lah kita tertanya-tanya, insurans cover tak untuk cermin kereta? Atau kena keluarkan duit sendiri.

Jawapannya bergantung kepada caruman insurans anda.

Kalau ikutkan, insurans untuk cermin kereta ni kita perlu tambah dalam polisi insurans yang kita ambil.

Kebiasaannya, ramai yang claim untuk cermin depan disebabkan oleh batu kecil je. Habis cermin retak seribu!

Tapi sebenarnya insurans tambahan untuk cermin kereta bukan cover cermin depan je, insurans cermin boleh cover semua ni:


๐Ÿ‘‰๐Ÿผ Cermin depan
๐Ÿ‘‰๐Ÿผ Cermin belakang
๐Ÿ‘‰๐Ÿผ Cermin pintu sisi
๐Ÿ‘‰๐Ÿผ Cermin sunroof original (kalau dah modified, tak cover)


Ha macam mana pulak nak claim kalau cermin kereta retak atau pecah ni?

CERMIN KERETA RETAK TERKENA BATU KECIL

1. Kenali bengkel panel syarikat insurans

Periksa dulu senarai bengkel panel yang diiktiraf syarikat insurans. Barulah kita boleh hantar kereta kita untuk dibaiki cerminnya.

Jangan memandai pergi bengkel entah yang mana-mana, nanti tak boleh claim pulak.

2. Inform bengkel untuk claim insurans

Inform bengkel yang kita pergi tu yang kita nak claim under insurans. Mereka bukan buat kerja untuk tuntutan insurans je, kerja retail pun buat juga.

Jadi, inform awal-awal lepastu nanti kita akan dapat borang claim untuk diisi.

3. Ada dokumen sokongan

Pastikan borang claim insurans yang bengkel bagi tu ada sekali dokumen sokongan daripada kita sendiri iaitu:
๐Ÿ‘‰๐Ÿผ Salinan IC
๐Ÿ‘‰๐Ÿผ Salinan lesen memandu
๐Ÿ‘‰๐Ÿผ Salinan geran kereta
๐Ÿ‘‰๐Ÿผ Salinan nota perlindungan insurans kereta


NCD terjejas ke kalau claim insurans untuk cermin?

NCD tak akan ditolak kalau kita ambil add-on insurans cermin. Tapi kalau tak ambil add-on, NCD boleh terjejas dan terpaksalah kita bayar premium penuh untuk polisi insurans baru nanti.

Kesimpulannya, tambah polisi insurans untuk cermin kereta lebih bagus!

Kes cermin retak ni common tau, jadi kita kena lah jadi pengguna yang mantap pengetahuan dan bijak buat keputusan!


Perlu ke tambah polisi insurans kereta? Baca di sini

Cara mudah lekat roadtax pada cermin? Baca di sini

Nak check NCD kereta? Klik di sini

Nak transfer pemilikan kenderaan? Klik di sini

Nak renew lesen memandu? Klik di sini

    Comments are closed

    created with