Apa nak buat bila kereta rosak tiba-tiba?

Kereta dah berusia, bukan time balik kampung je rosak.

Time tak balik kampung pun selalu mati tiba-tiba.

Nak buat macam mana, ni je kereta yang kita ada. Dah buat pemeriksaan sebelum gerak kampung pun tetap mati juga.

Jadi, apa nak buat bila jadi macam ni? Kesian orang lain terpaksa hadap jammed disebabkan kereta kita mati tiba-tiba!


Ketahui cara terbaik untuk selesaikan masalah kereta mati tiba-tiba!

Apa nak buat bila kereta mati tiba-tiba

1. Jangan panik

Ingat, bila kereta mati bukan lah bermaksud kita bukan dalam zon bahaya. Kereta mati tengah jalan ni lah boleh akibatkan kemalangan diri sendiri atau orang lain juga.

Jadi, jangan panik dulu. Kalau panik nanti kita tergopoh-gapah sampai tak boleh fikir soal keselamatan atas jalan raya.

Kereta mati tiba-tiba bukannya pengakhiran dunia!

2. Nyalakan lampu kecemasan

Kita kena pastikan pemandu lain tahu bahawa kereta kita rosak. Tak ada lah mereka kena menunggu di belakang tak bergerak.

Bila dah bawa ke tepi jalan pun sama, takut-takut ada yang melintas tak perasan ada kereta rosak. Jadi, nyalakan lampu kecemasan!

Kalau ada simpan sign kecemasan di bonet kereta pun bagus.

3. Dapatkan bantuan segera

Jangan berlengah. Call pihak terpenting seperti foreman atau pihak bantuan lebuhraya sekiranya kita di atas lebuhraya. Mereka akan datang secepatnya.

Elakkan berurusan dengan ulat lebuh raya yang suka ambil kesempatan bila ada kereta rosak. Contohnya, orang towing yang tiba-tiba je sampai laju kat tempat kita.

Deal sendiri dengan towing insurans dan pihak lebuhraya jika kita berada di lebuhraya.


Bila dah setel semua ni, baru teruskan pemanduan pulang dengan selamat.

Lambat sampai tak apa, janji kita selamat.

Kalau masih rasa ada yang tak kena, singgah bengkel berdekatan untuk buat pemeriksaan.


Cermin kereta retak terkena batu kecil? Baca di sini

Kereta ada tanda kerosakan pad brek? Baca di sini

Nak renew roadtax dan insurans? Klik di sini

Nak check nilai NCD semasa kereta? Klik di sini

Nak renew insurans motor third party? Klik di sini