Semua pemandu kena ada insurans kereta!

Kenapa anda wajib beli insurans kereta?

Insurans kereta adalah satu pelaburan untuk kebaikan diri sendiri dan penumpang kereta baik isteri, anak-anak atau sesiapa sahaja.


Banyak manfaat yang kita boleh dapat dari insurans. Bila nak renew roadtax kereta, anda wajib ambil insurans juga!

Antara sebab-sebab anda wajib ambil insurans kereta…

1. RISIKO KEMALANGAN

Kereta dah semakin banyak di jalan raya sekarang. Kemalangan jalan raya terjadi hampir setiap hari di mana-mana je. Bila kita ada insurans kereta, kita tak perlu keluarkan duit poket. Kita tak payah guna duit simpanan atau pinjam duit orang lain untuk tanggung sebarang kerosakan kereta.

2. PELABURAN YANG SIKIT

Kita melabur sedikit je untuk insurans. Sekali setahun je. Bila berlaku kemalangan, kita boleh buat tuntutan pada syarikat insurans dan mungkin kerosakan tu lebih mahal untuk dibaik pulih dari harga insurans yang kita bayar.

3. ELAK NILAI KERETA JATUH

Ada juga insurans kereta yang boleh bantu untuk panjangkan janga hayat nilai kereta. Sekiranya berlaku kemalangan yang disebabkan oleh bencana alam seperti pokok tumbang atas kereta atau kereta disambar petir ke, bila anda ada insurans komprehensif, anda tak perlu tanggung apa-apa kerugian pun.

4. TAK PERLU BANYAK FIKIR

Mesti akan ada terlintas di fikiran kita – “Kalau eksiden tiba-tiba, aku nak bayar dengan apa?” Susah kalau kita kena keluarkan duit poket sendiri untuk baiki kerosakan. Bila ada insurans kita tak perlu susah-susah fikir nak cari duit untuk bayar ganti rugi.

5. BUAT TUNTUTAN UNTUK KESALAHAN KITA

Kalau kita yang salah sebab terlanggar pengguna jalan raya yang lain, kita boleh buat claim untuk ganti rugi kenderaan tersebut. Kalau kita dilanggar oleh pengguna jalan raya lain, kita boleh claim dari syarikat insurans si pelanggar tu.


insuran kereta, kemalangan kereta, renew insuran kereta, renew insuran, insurance renewal, car insurance

Tanpa insurans kereta, banyak masalah dan kesusahan yang kita akan hadapi nanti. Bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi boleh menyusahkan pengguna jalan raya lain jugak.

Macam mana nak pilih insurans yang terbaik? Meh baca Tips untuk beli insuran kenderaan yang terbaik.

Renew insuran online dengan Carver! Kenapa anda patut renew insuran dengan Carver?

Untuk renew roadtax, memang diwajibkan untuk renew bersama insurans sekali. Salah di sisi undang-undang ya kalau pandu kenderaan tanpa insurans!


Hanya 3 langkah mudah untuk renew roadtax dan insurans di www.carver.my! Kalau anda nak semak No Claim Discount (NCD) boleh klik di sini.