Dalam setiap polisi insurans kereta, mesti ada mention pasal pihak pertama dan pihak ketiga. Betul tak?
Kita pula anggap yang pihak pertama dan pihak ketiga ni tak penting pun untuk ambil tahu. Hakikatnya yang ni lah kita kena ambil tahu sekali! Kalau jadi apa-apa, masa tu lah melopong apa benda ni?
Apa yang membezakan insurans pihak pertama dan pihak ketiga ni?
Pihak pertama dalam polisi insurans kereta adalah pemilik kereta atau orang yang namanya didaftarkan di dalam polisi.
Pihak pertama ini kena bayar premium insurans kereta kepada penyedia insurans dan boleh tuntut faedah di bawah insurans tersebut.
Senang cerita, pihak pertama dalam polisi insurans kereta ni kita lah, pemilik dan pemandu kereta.
Boleh juga jadi tak semua pemilik akan memandu kereta sendiri. Ada juga pemandu yang bertukar-tukar untuk kereta yang sama. Ni dah dikira bukan pihak pertama.
Tetapi kes ni macam ni, kita kena pastikan dalam polisi insurans kita dah include sekali authorized driver macam takaful. Tak kisah lah sesiapa yang memandu, takaful dah cover.
Kalau insurans, biasanya ada add on kalau nak tambah nama driver.
Pihak ketiga ni pula adalah orang atau pemilik kenderaan yang telah terlibat dengan tindakan kenderaan pertama buat tanpa mengira situasi.
Contohnya, jika kenderaan pihak pertama telah menyebabkan kerosakan atau kecederaan pada kenderaan atau pemilik pihak ketiga, maka faedah insurans dibayar oleh pihak kedua kepada pihak ketiga.
Dalam bahasa mudahnya:
Pihak pertama adalah anda sebagai pemandu.
Pihak ketiga adalah orang lain.
Senang cerita pihak insurans atau takaful kita akan melindungi orang lain yang kita panggil sebagai pihak ketiga bila ada kemalangan yang berlaku. Tak ada lah kita kena keluarkan duit sendiri untuk bayar ganti rugi kepada pemilik kenderaan tersebut.
Beli insurans ni bukan setakat nak melindungi kita sebagai pemilik. Kita pun nak melindungi sekali penumpang kereta kita atau orang lain yang terlibat dalam kemalangan disebabkan kita juga. Kalau tak, macam mana nak bayar ganti rugi kereta orang lain?
Bayar kerosakan kereta sendiri pun belum tentu mampu! Sebab tu lah insurans terpaling asas dalam Malaysia ni adalah insurans kereta pihak ketiga. Sama-sama melindungi kalau apa-apa berlaku.
Kereta kita dilanggar kereta tak ada insurans? Baca di sini
Apa nak buat bila eksiden? Baca di sini
Nak check NCD kereta? Klik di sini
Nak renew insurans dan roadtax? Klik di sini
Nak renew lesen memandu? Klik di sini