Kereta hilang ada perlindungan dengan third party?

Pernah tak terfikir apa nak buat kalau kereta kita hilang? Tiap-tiap bulan masih kena bayar dekat bank ke? Atau pun dah kira total loss macam eksiden?

Pening bila kereta hilang. Selalu nampak orang post kereta tiba-tiba hilang sana sini, memang dah ada modus operandi mereka pencuri kereta ni. Sekarang kereta kita pula yang hilang!

Kereta hilang ada perlindungan ke dengan third party

Apa perlu kita buat kalau kereta kita sendiri yang hilang?

1. Buat laporan polis

Ya, perkara pertama yang wajib kita buat adalah laporan polis. Sedar je kereta hilang, terus pergi balai laporkan kes kereta hilang kepunyaan kita.

Polis pun akan mulakan operasi mereka untuk cari kereta yang hilang ni. Lokasi kehilangan paling penting sebab senang kerja polis nak buat penyiasatan.

2. Semak perlindungan insurans kereta

Balik rumah pula kita kena cari balik polisi insurans kereta kita. Masih aktif atau tidak insurans kereta kita ni? Kalau tak aktif, memang naya.

Sebab tu wajib renew bila expired. Takut-takut kejadian macam ni berlaku, mana nak cekau duit kalau insurans dah expired kan? Kalau masih aktif, kita akan mulakan tuntutan insurans bila kes kereta hilang kita ditutup nanti.

3. Laporan daripada PDRM

Laporan PDRM akan menentukan sama ada kes hilang kereta tu dah selesai atau belum. Kalau kes dah tutup, maka kita akan terima Surat Tutup Kes.

Kemudian, kita akan ada satu sesi bersama pihak adjuster. Mereka akan siasat habis-habisan untuk tahu macam mana kereta kita boleh hilang.

Kenapa ada siasatan atas owner kereta sendiri? Mereka nak siasat lagi kerana ada kes orang laporkan hilang sebab dah tak boleh bayar bank, dah tak tahan dengan keadaan kereta dan sebagainya. Sedangkan ada disorok di garaj rumah!

4. Proposal daripada pihak insurans

Kembali kepada pihak insurans, mereka ada rangka satu proposal untuk diserahkan kepada pihak bank. Rangkaan tersebut berdasarkan caruman perlindungan insurans kita.

Pihak insurans akan menentukan nilai kereta kita yang hilang tu berdasarkan market atau agreed value masa buat proposal tu nanti.

5. Market Value atau Agreed Value?

Yang ni pun wajib kita ambil tahu. Kalau lah polisi insurans dibuat atas dasar market value, bermakna kita menginsuranskan kereta kita mengikut harga pasaran.

Tapi kalau kita menginsuranskan kereta kita dengan agreed value, kita bernasib baik! Memang time renew tu nampak mahal, tapi benefits-nya pun mahal juga. Berbaloi untuk kita buat tuntutan atas kereta hilang kita time ni.


Contohnya macam kes kereta hilang sekarang ni.

👉🏻 Caruman atas Market Value

Syarikat insurans akan bayar kepada pihak bank mengikut harga semasa kereta. Lepas tu kita kena bayar tambah final payment dan harganya agak tinggi.

👉🏻 Caruman atas Agreed Value

Pihak insurans akan bayar kepada pihak bank harga yang telah dipersetujui. Nilai agreed value biasanya lebih besar daripada nilai market value. In case ada lebihan value, kita boleh claim dan duit tu dapat kat kita.


Macam mana nak buat kalau motosikal yang kena curi? Baca di sini

Kereta kena langgar penjenayah, apa nak buat? Baca di sini

Nak renew roadtax dan insurans kereta? Klik di sini

Nak renew lesen memandu? Klik di sini

Nak transfer ownership kereta? Klik di sini