5 tanda-tanda absorber kereta telah bocor

Pergi kedai tayar nak periksa tayar kereta, tauke kata semua helok tapi absorber pada bahagian tayar pulak dah bocor… apa pula absorber ni?


Absorber ni berfungsi untuk kawal impak, pergerakan spring dan suspension kereta. Absorber ni lah yang akan kurangkan gegaran dan lantunan bila kita memandu.

Ni antara fungsi utama absorber kereta…

✅ Pastikan tayar bersentuhan dengan permukaan jalan
✅ Optimumkan prestasi brek
✅ Kawal lantunan kereta
✅ Tingkatkan tindak balas kawalan stereng
✅ Pastikan perjalanan lancar dan selamat


5 tanda absorber kereta telah bocor

Nak tahu apa 5 tanda utama absorber kereta dah bocor? Haa save ni siap-siap dalam kepala👇🏻

1. Stereng bergegar berlebihan

Memang betul, kalau stereng bergegar ni sebab masalah jalan raya kat Malaysia ni dah hauk! Teruk sangat keadaan jalan raya kita.

Tapi sebenarnya absorber bocor pun boleh akibatkan stereng kereta bergegar secara berlebihan. Bila jadi macam ni sebenarnya tanda kerosakan absorber tu dah mula serius.

Stereng tu bergegar boleh jadi disebabkan injap atau penutup piston yang dah haus dalam penyerapan hentakan. Absorber dah rosak dan tak boleh serap hentakan, akibatkan hentakan tu dipindahkan melalui stereng.

2. Kereta rasa membuai bila lalu selekoh

Kalau rasa body roll atau kereta membuai, tidak stabil atau terapung bila lalu selekoh, ini petanda kita dah kena tukar absorber kereta kita. Lagi-lagi kalau lalu selekoh tajam!

Bila absorber dah mula rosak, damping effect pun akan berkurangan. Dan terjadilah pemampatan suspension kereta tak terkawal.

3. Kereta bergoyang ketika memandu

Absorber kereta ni fungsinya untuk serap tenaga berlebihan daripada spring bila kereta lalu jalan berbonggol atau tidak rata.

Kalau absorber kita dalam keadaan baik, kereta akan terkawal daripada melantun lebih lama.

Kalau tak, kereta akan bergoyang dan melantun dengan berlebihan. Bahaya bila dah kena macam ni.

4. Tayar haus tidak sekata

Bila suspension kereta tak dapat tampung berat, lebihan berat ni akan tertumpu pada satu bahagian tayar sahaja.

Jadi kalau ada kehausan bunga tayar tak sekata, mungkin disebabkan absorver rosak tu tadi.

5. Absorber bocor

Calit jari sikit bahagian absorber tu, dah dapat cecair bendalir kat luar shock absorber. Haa ni lah namanya absorber tu bocor atau rosak.

Kena ganti baru dan tak mahal pun harga baru absorber ni. Ikut jenama dan model kereta kita.


Dah faham kan kenapa absorber kereta ni penting untuk pemanduan yang baik, selamat dan lancar? Rajin-rajin lah check absorber kereta tu!


Nak tahu apa ciri-ciri alternator kereta rosak? Baca di sini

Nak tahu cara check saman online? Baca di sini

Nak renew lesen memandu? Klik di sini

Nak transfer ownership kenderaan? Klik di sini

Nak check NCD kereta? Klik di sini