NAK BELI KERETA BARU KENA TANYA 5 SOALAN NI PADA DEALER

5 soalan wajib tanya pada dealer kereta

Admin
in Tips
Oct 24 ยท

Nak beli kereta baru ni panjang prosesnya. Bukan macam beli sayur kat pasar, tinggal angkat dan bayar.

Selalunya sebelum ke kedai nak deal beli kereta, mestilah kita dah buat banyak survey dan research pasal model kereta yang kita nak beli tu.

Tapi kena ingat, bila sampai kat dealer nanti ada 5 SOALAN UTAMA yang kita perlu tanya pada dealer walaupun kita dah ada banyak info!

INI 5 SOALAN WAJIB TANYA PADA DEALER MASA NAK BELI KERETA BARU

NAK BELI KERETA BARU KENA TANYA 5 SOALAN NI PADA DEALER

1. Kos pembelian

Mestilah kita nak tahu berapa harga ditawarkan untuk kereta tu. Lain dealer kadang boleh bagi harga lain.

Tanya sekali kalau ada additional atau hidden fees yang lain. Minta dealer kirakan anggaran untuk loan bank berlainan.

2. Tempoh warranty dan maintenance

Yang ni paling penting. Make sure kita tahu berapa lama tempoh warranty dan apa yang tak termasuk dalam warranty.

Kalau beli kereta terpakai pun dealer ada warranty sendiri.

Tanya sekali kalau maintenance ada tempoh percuma atau semuanya kos sendiri.

3. Safety features atau special features yang ada

Makin baru kereta tu, makin banyak teknologi dan features baru yang ada. Jadi dapatkan penjelasan dari dealer apa features yang ada dan macam mana nak gunakan.

4. Boleh test-drive atau tidak

Dah berkenan di hati takkan lah tak test drive kan nak tengok sesuai tak untuk kita.

Memang kebanyakannya bagi test drive ni terutamanya kereta baharu. Tapi untuk terpakai, ada dealer yang tak bagi test drive. Ni kira red flag sebenarnya.

5. Berapa lama tempoh menunggu

Tempoh menunggu ni boleh makan berbulan lagi-lagi kereta yang high demand dan baharu.

Tanya betul-betul pada dealer stok yang ada dan tempoh menunggu untuk giliran kita.

Nak beli kereta terpakai? Baca 5 tips ni

Ini 5 tanda-tanda timing belt dah rosak

Semak NCD kereta dan transfer NCD ke kereta baru!

Renew insurans dan roadtax kereta di sini

Nak pakai Etiqa Takaful? Dapatkan quotation dari Carver

    Comments are closed

    created with