Kereta rosak di tempat parking. Nak cari siapa?

Biasa kalau kereta rosak tempat parking orang ni macam mana ya?

“PARK AT YOUR OWN RISK”. Siapa pernah nampak signage macam ni? Mestilah ada di mana-mana kan!

Lagi-lagi kat shopping mall, bangunan persendirian atau kawasan parkir terbuka.

Tapi bila kereta kena pecah masuk atau dilanggar di kawasan-kawasan ni, apa kita boleh buat? Boleh claim dekat sesiapa ke?

Kalau nak tahu, sebenarnya kita boleh tuntut kerosakan kereta di tempat parking ni pada tuan tanah tempat parking tu. Ni tertakluk pada Hak Pengguna yang KPDNKK keluarkan.

Kereta rosak tempat parking nak cari siapa

Ada 8 hak pengguna yang tertakluk dalam KPDNKK. Kesemua hak ni adalah hak yang boleh dituntut oleh pengguna apabila mendapatkan perkhidmatan atau membeli sesuatu barangan atau servis.

✍️ Hak pertama adalah hak untuk mendapatkan keperluan asas

✍️ Hak untuk mendapatkan keselamatan

✍️ Hak untuk mendapatkan maklumat

✍️ Hak untuk membuat pilihan

✍️ Hak untuk mendapatkan ganti rugi

✍️ Hak menyuarakan pendapat

✍️ Hak untuk mendapatkan pendidikan kepenggunaan

Hak kedua merupakan hak untuk mendapatkan keselamatan ini yang kita boleh claim untuk setel masalah kereta di tempat parking.

✍️‘Pengguna berhak untuk dilindungi daripada barangan, proses pengeluaran dan perkhidmatan yang boleh membahayakan kesihatan atau kehidupan.’✍️

Hak ini termaktub berdasarkan Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang memperuntukkan mana-mana syarikat yang menawarkan perkhidmatan kepada pengguna, mestilah memastikan keselamatan yang munasabah kepada pengguna.

Kalau gagal, syarikat tersebut boleh didenda dan terdedah kepada tindakan saman sivil oleh pengguna.

Jadi bila terjadi benda yang tak diingini di kawasan begini, cari owner atau management tempat tu dan buat tuntutan. Jangan rasa kita tak ada hak dengan ‘park at your own risk’ ni!

Claim tak jalan? Bawa kes ni ke mahkamah! Confirm terketar-ketar syarikat tu nanti.

5 soalan wajib tanya pada dealer bila nak beli kereta baru

Apa nak buat dengan kereta tersadai lama?

Renew lesen memandu anda dengan Carver!

Transfer ownership kenderaan anda semudah 123!

Nak kira harga roadtax kenderaan? Kira dengan Carver!

Leave a Reply

Your email address will not be published.