Ketahui 5 tanda-tanda timing belt kereta rosak

Timing belt ni salah satu komponen terpenting dalam enjin kereta. Takda timing belt ni, tak bergeraklah komponen lain yang ada pada bahagian atas enjin iaitu camshaft.

Timing belt diperbuat daripada getah untuk memutarkan crankshaft. Crankshaft ni lah yang menggerakkan silinder dan camshaft untuk gerakkan injap enjin dalam kereta.

Sekali rosak timing belt, boleh makan ribu-ribu kos nak ganti komponen lain yang mesti rosak sekali atau retak.

Jadi, sebagai langkah awal kenalah kenal 5 tanda-tanda timing belt dah kena ganti baru!

Ni 5 tanda-tanda timing belt perlu digantiā€¦

5 TANDA-TANDA TIMING BELT KERETA ROSAK

1. Bunyi enjin kasar

Kalau ada dengar bunyi enjin kasar, maknanya ada masalah serius terjadi pada timing belt. Timing belt ni kalau dah haus, memang akan keluarkan bunyi yang kuat sebab camshaft tak dapat berfungsi dengan baik.

2. Asap ekzos berlebihan

Ni pun antara warning signs timing belt dah kena ganti. Kalau timing belt dah haus atau rosak, memang akan efek pada proses pembakaran bahan api.

Sebab tu lah asap ekzos jadi banyak.

3. Lampu amaran enjin menyala

Biasanya lampu amaran menyala ni sebab dia ada sensor pada enjin, kan? Samalah kalau timing belt rosak, sensor ni pun boleh menyala.

Cepat-cepatlah bawa ke bengkel kereta tu.

4. Piston dan Valve rosak

Timing belt kalau dah rosak atau haus, akan efek pada piston dan valve sekali!

Crankshaft dan camshaft kalau gagal berfungsi, piston dan valve pun akan bertembung dan bersentuhan sampai boleh jadi rosak seluruh sistem.

Sebab tu lah rosak je timing belt, benda lain pun boleh rosak sekali!

5. Enjin mati tiba-tiba

Enjin mati secara tiba-tiba ni boleh jadi disebabkan banyak faktor. Disebabkan timing belt pun boleh jadi juga!

Tapi ni kira tahap bahaya jugak lah. Sebab biasanya enjin mati disebabkan timing belt, mesti timing belt tu dah terputus. Haa sudah.

Siapa yang ada kereta, wajib pantau setiap masalah yang tak kira kecil atau besar. Jangan biar sampai melarat dulu, boleh kering poket tu!

Apa nak buat dengan kereta tersadai lama?

5 cara jimat minyak yang rupanya MITOS!

Kira harga roadtax kenderaan di hujung jari je!

Semak NCD kenderaan dengan Carver!

Dapatkan sebut harga Etiqa Takaful sepantas kilat!