5 tips beli kereta terpakai yang kita perlu tahu

Jangan rasa malu nak beli dan pakai kereta terpakai. Dapat gerak dari poin A ke poin B pun dah OK sangat dah.

Lagi dengan ekonomi tak menentu ni. Mestilah nak kena kurangkan hutang dan bijak berbelanja!

Tapi nak beli kereta terpakai ni kena hati-hati. Ada beberapa perkara penting yang kita kena ambil tahu.

Ni 5 tips beli kereta terpakai yang kita perlu tahu…

5 TIPS BELI KERETA TERPAKAI YANG KITA PERLU TAHU

1. Letakkan bajet

Bila kita decide nak pakai kereta terpakai, faktor utama mestilah disebabkan bajet yang terhad.

Dari bajet ni lah kita kena tahu kereta dan model apa yang kita boleh beli. Kalau nak ambil loan, tetapkan terus berapa tahun boleh bayar ikut gaji semasa kita.

Jangan pula berangan tahun depan naik gaji, terus nak ambil yang mahal-mahal. Belum tentu naik gaji tu!

2. Survey tempat penjualan

Kalau boleh elakkanlah berurusan melalui online sahaja. Ramai yang dah terkena order online, deposit online, tahu-tahu kereta tu TAK WUJUD!

Rajinkan diri keluar survey tempat jual kereta terpakai. Buat perbandingan ikut selera dan bajet kita.

3. Hadkan tahun pengeluaran

Cari kereta terpakai ni, lebih baik ambil yang baru je berumur 5 tahun ke bawah.

Risiko nak rosak atau meragam tu kurang sedikit berbanding kereta yang berumur 5 tahun keatas.

4. Check mileage

Biasanya mileage rendah, mahal kereta tu. Nak murah kena cari mileage yang tinggi.

Tapi sebenarnya mileage ni seller boleh je pusing-pusing dan adjust dari mileage asal. Ada yang mileage asal 150k, seller pusing kasi 40k je😵‍💫

Hati-hati!

5. Buat inspection

Nak selamat dari kena tipu, cari bengkel yang boleh buat inspection kereta sebelum kita beli.

Kawtim dengan seller nak hantar kereta inspection dulu sebelum beli. Kalau seller tak berani, cari tempat lain!

Ketahui 5 tanda-tanda timing belt kereta rosak

Nak servis kereta? Periksa 5 benda utama ni nanti!

Nak renew insurans dan roadtax kereta? Pastikan guna Carver!

Nak renew insurans dan roadtax motosikal? Senang je!

Transfer ownership kenderaan melalui Carver!