5 CARA JIMAT MINYAK KERETA YANG RUPANYA MITOS!

5 Cara jimat minyak kereta yang rupanya mitos

Admin
in Roadtax & Insurans, Tips
Aug 17 ·

Pernah tak dengar macam-macam tips orang bagi untuk jimatkan minyak kereta kita?

MESTILAH BANYAK KALI!

Kalau nak tahu, rupanya ada antara tips yang diberikan tu tak boleh pakai pun. Buang masa je ikut🙄

5 CARA JIMAT MINYAK KERETA YANG RUPANYA MITOS!

INI 5 MITOS JIMAT MINYAK KERETA YANG ANDA PERLU TAHU👇🏻

1. Panaskan enjin sebelum terus jalan

Semua kereta dah dicipta dengan fungsi fuel-injected & komponen Unit Kawalan Elektronik (ECU). Kedua ni berfungsi untuk mengawal kemasukan campuran udara & bahan api secara optimum masa enjin dihidupkan.

Jadi, tak perlu pun biarkan enjin panas dulu sebelum anda gerak.

.

2. Goyangkan kereta semasa isi minyak

Tiap kali singgah stesen minyak, mesti akan nampak yang goyang-goyang kereta untuk isi minyak penuh.

Sedangkan setiap tank minyak kereta tu dah dicipta supaya boleh tampung jumlah udara & bahan api yang betul.

Cuba bayang bila isi minyak penuh sangat? Hauk laa jadinya komponen dalaman kereta tu.

.

3. Isi minyak sampai tumpah

Pam dah bunyi ‘klik’?

Alah takdahal, boleh isi lagi tu!

Haa ni salah ni.

Dah bunyi klik, tandanya kena berhenti isi minyak. Lagi diisi, lagi rosak kereta tu. Sama macam isu goyangkan kereta tu.

.

4. Lagi mahal minyak, lagi tahan lama

RON95 lagi jimat minyak berbanding RON97?

Ni pun MITOS besar!

Kalau kereta kita kereta standard je takda ubah suai dengan turbo atau omboh tekanan tinggi, bahan api yang rendah macam RON95 pun kita boleh guna.

Isi minyak RON97 ni takkan menjimatkan langsung atau buat enjin kereta jadi lebih lancar.

.

5. Isi minyak waktu malam

Isi minyak waktu malam boleh dapat minyak lebih?

TIPAH TERTIPU!🤣

Semua jenis minyak disimpan bawah tanah yang mana suhu persekitaran takkan beri kesan pun kepada keadaan minyak.

Suhu minyak tetap sama tak kisah lah hari hujan ke hari panas ke ataupun siang & malam. Takda bezanya.

Dah tahu kan mitos-mitos tips jimat minyak ni?

Share pada kawan-kawan yang kuat percaya dengan semua mitos ni!

Anda wajib ambil tahu tentang bahaya beli kereta tenggelam banjir!

Ketahui 5 benda utama untuk diperiksa semasa servis kereta

Renew insurans & roadtax kereta dengan Carver di sini!

Renew insurans & roadtax motor anda di sini!

Dapatkan sebut harga Etiqa Takaful dengan Carver!

    Comments are closed

    created with