Apa nak buat dengan kereta buruk tersadai lama?

Biasalah owner kereta ni tak semua bertanggungjawab. Dah rasa taknak pakai kereta tu, sadai tepi jalan lama-lama.

Makin lama makin buruk kereta tu. Dan makin menyusahkan orang yang lalu lalang dan jiran tetangga!

Jom jadi orang yang bertanggungjawab dengan membuang kereta lama atau buruk ni dengan cara yang betul.

Ini cara untuk buang kereta buruk yang dah lama tersadaiπŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

APA NAK BUAT DENGAN KERETA BURUK TERSADAI LAMA

1. Baik pulih kereta lama

Ada beberapa komponen kereta yang penting untuk kita ubah atau baik pulih. Ubah semua ni, boleh jadi baru balik! Komponen-komponennya macam…

βœ… Badan kereta

βœ… Enjin

βœ… Transmisi

βœ… Bahagian kokpit kereta

Bila baik pulih semua ni, kereta dah boleh gerak & cantik semula.

Kalau nak jual secondhand pun NGAM sangat dah.

.

2. Leraikan badan kereta & jual sebagai spare part

Kalau rasa taknak baik pulih, boleh cuba untuk leraikan komponen yang ada pada kereta lama tu.

Ada sesetengah spare part tu, kita boleh jual pada harga yang tinggi! Lagi-lagi kalau kereta yang dah jarang jumpa atau dah dihenti pengeluaran.

Cari je bengkel berdekatan dan tanya pada mereka. Mesti ada yang nak ambil punya!

.

3. Buat seni guna kereta buruk

Yang ni ramai ya buat. Lagi-lagi business owners.

Ada yang buka kedai makan dengan hiasan seni kereta lama. Ada juga yang buka kedai barangan entik dengan hiasan seni kereta buruk ni.

Macam-macam seni boleh buat dengan kereta buruk ni. Nak buat landscape rumah pun boleh!

Dah tahu kan apa je boleh buat dengan kereta buruk lama tersadai tu? Banyak je cara lain yang boleh buat. Atas kita yang mahu atau tak mahu ni je.

Buat lah sesuatu daripada menyusahkan orang lain. Betul tak?

Menyakitkan mata!

Jom ubah sekarang!

Jom kenal 5 warna asap ekzos kereta kita!

Anda syak absorber kereta bocor? Ini tanda-tandanya!

Perbaharui lesen memandu anda di sini!

Nak pindah pemilikan kereta? Buat je dengan Carver!

Jom kira harga cukai jalan kenderaan anda!