Periksa 5 benda utama ni untuk servis kereta

Jaranglah orang nak servis kereta selalu. Biasanya bila dah sampai had mileage minyak hitam, barulah hantar kereta untuk servis.

Ni namanya servis kereta untuk jangka panjang.

Untuk servis jangka panjang, ada 5 benda utama kita perlu ambil kira untuk periksa dan servis.


Periksa 5 benda utama ni untuk servis kereta

1) Spark plug

Spark plug ni berfungsi untuk menyalakan enjin sesebuah kenderaan. Spark plug dipasang pada silinder enjin petrol untuk bakar campuran udara dan bahan api melalui bunga api elektrik.

Kalau spark plug tak function elok, enjin tak dapat berkuasa pada kapasiti maksimum.

Bila kereta dah terasa berat masa memecut, susah nak hidup waktu pagi, bunyi bising dari biasa, haa dah boleh ganti spark plug baru.

2) Coolant

Coolant ni fungsi dia untuk menyejukkan enjin dan elakkan kenderaan dari overheating. Kiranya coolant ni lah yang akan memastikan enjin kereta kita dalam suhu optimum.

Kalau kita tak ganti coolant ikut jadual, bersedialah untuk hadapi masalah overheat, hos bocor, radiator tersumbat yang mana akan makan belanja yang lebih besar.

3) Minyak gearbox

Setiap kereta ada jangka hayat minyak gearbox mengikut jenis dan spesifikasi kereta. Biasanya minyak gearbox ni ditukar pada 20,000km.

Pakai kereta manual ke auto ke, minyak gearbox memang kena tukar bila dah sampai masa. Sama macam minyak enjin.

4) Shock absorber

Shock absorber ni komponen yang mengawal hentakan, menyerap hentaman dan mengawal pergerakan spring. Masa lalu bonggol, jalan berlubang atau tak rata, shock absorber ni lah yang kawal kereta kita.

Bila servis kereta, minta bengkel check shock absorber sekali. Mana tahu dah kena tukar.

5) Pad brek

Haa yang ni pun penting. Ramai leka dengan keadaan pad brek sendiri!

Kalau dah rasa lain macam bila brek tu, cepat-cepat lah check pad brek. Lambat check, boleh bawa musibah lain.

Trust your instinct!


Ketahui cara pilih minyak hitam untuk kereta kita!

Kenali sendiri 5 tanda gearbox kereta telah rosak

Dapatkan sebut harga Etiqa Takaful dengan Carver!

Kira harga roadtax kenderaan anda di sini!

Periksa NCD kereta anda dengan satu klik!