Ramai yang anggap tukar nama dan hak milik kenderaan ni leceh. Sebab tu ada yang ambil mudah, jual kereta tanpa tukar nama hak milik kenderaan. Biasanya, dipanggil kereta sambung bayar.
Tukar nama dan hak milik ni sangat penting ya! Kalau apa-apa jadi, nama penjual sendiri yang akan terjejas. Pembeli tak bayar bulan-bulan kepada bank ke tak bayar saman ke, semua tu pemilik kereta yang kena tanggung!
Polis tak dapat buat apa-apa sebab undang-undang tak bagi perlindungan untuk urusan jual beli seperti sambung bayar.
Masalah yang biasa berlaku adalah bila kereta dah dijual tanpa tukar nama atau hak milik, tiba-tiba kereta kena tarik lah sebab masih ada tunggakan bayaran.
Pembeli pun tahu yang kereta tu bukan hak milik dia sepenuhnya sebab nama pemilik kereta masih owner yang sebelumnya. Jadi, ada lah orang-orang yang suka mengambil kesempatan untuk tak bayar loan kereta!
Tak kisah lah kawan ke atau ahli keluarga sendiri yang beli, pastikan anda buat transfer ownership yang sah.
Anda perlu pergi ke Puspakom untuk buat pemeriksaan kenderaan. Pembeli boleh tahu kondisi kereta tu baik ke tak. Anda perlu buat janji temu dulu sebelum datang ya.
Pemilik asal dan baru perlu isi Borang Penyata Pertukaran Milikan Kenderaan Motor Secara Sukarela oleh Pemunya Berdaftar atau Pemunya Baharu (JPJK3).
Ini penting ya, dokumen-dokumen penting ni boleh bantu elak masalah-masalah yang tak diingini. Dokumen ni yang akan jadikan pembeli baru sebagai pemilik kereta yang sah.
Selepas urusan thumbprint di JPJ selesai, road tax kereta serta insurans kereta sedia ada akan terbatal secara automatik.
Jadi, anda perlu buat roadtax baru dan insurans baru untuk kereta yang baru sahaja dibeli.
Aduh, lecehnya! Banyak steps kena buat untuk tukar hak milik kenderaan!
Kalau rasa leceh, serahkan pada Carver.my sahaja! Kami boleh tukar nama & hak milik kenderaan untuk anda!
Kenapa renew roadtax, insurans atau lesen di Carver? Baca di sini
Lesen dah expired, nak renew? Klik di sini
Nak transfer ownership kereta atau motosikal? Klik di sini
Nak kira harga roadtax? Klik di sini
Nak check NCD? Klik di sini