Boleh ke setel kemalangan kereta sendiri tanpa claim insurans?

Tengah bawak kereta… tiba-tiba BAAAM! Kemalangan kereta dalam jem. Kita dilanggar oleh sebuah kereta dari belakang! Kereta ada kemek sikit, kereta si pelanggar ada kesan calar sikit.

Untuk selesaikan masalah, si pelanggar cakap cakap nak selesai dengan cara bagi sejumlah duit untuk kita repair kereta. Berulang kali dia cakap tak nak claim insurans kereta dia.


insurans kereta, claim insurans, kemalangan

Okay ke kalau setuju untuk setel kemalangan tanpa claim insurans? Boleh! Tapi… ada risiko untuk ditipu.

Untuk elak ditipu, kita kena juga ambil maklumat pemandu tu.

Ambil gambar lokasi, gambar kedua-dua kereta, gambar roadtax dan lesen memandu.

Ada jugak kes-kes si pelanggar menghilangkan diri dan satu sen pun tak ada bayar untuk ganti rugi kereta yang dilanggar! Mereka ni tak bagi claim insurans mereka sebab nak jaga NCD.


Apa tu NCD? Macam mana nak semak NCD?

No Claim Discount (NCD) atau Diskaun Tanpa Tuntutan ni perkara paling penting bila nak review insurans dan roadtax. Peratusan NCD ni akan menentukan berapa diskaun insurans kereta.

NCD ni sejenis bonus atau ganjaran kepada kalau kita penuhi syarat 12 bulan tanpa claim. Kalau first time beli insurance, kita akan dapat diskaun selepas setahun. Kiranya, masa nak renew nanti lah.

Diskaun bagi kereta persendirian ni lagi tinggi dari kereta komersial dan motosikal. Kereta persendirian boleh dapat diskaun sebanyak 25%, setahun kemudian meningkat kepada 30% pulak.

Kalau kita terpaksa buat claim, peratus diskaun akan turun balik kepada 0%. Ni cara-cara nak semak NCD. Senang je! Hanya 3 langkah mudah.

👉 Klik di sini bit.ly/NCDChecker
👉 Isi nombor plat kereta & nombor kad pengenalan
👉 Terus dapat nilai NCD kereta anda!


Sebab tu lah ramai tak nak claim insurans kalau kemalangan tu kecil je dan boleh disetel melalui persetujuan atas sejumlah nilai.

Jadi, bila ada pemandu yang tak bertanggungjawab dan hilangkan diri, kita boleh guna maklumat penting untuk buat report polis. Lepas tu, boleh claim je insurans kereta pemandu tu!

Kesimpulannya, boleh je nak setel sendiri tapi pastikan anda ambil langkah berjaga-jaga dan kena selesaikan secepat mungkin.


Cara-cara nak claim insurans? Boleh baca di sini

Hanya 3 langkah mudah untuk renew roadtax dan insuran online di www.carver.my! Kalau anda nak semak No Claim Discount (NCD) boleh klik di sini.