Jenis-jenis insurans kereta yang anda perlu tahu!

Semua kena tahu yang memandu tanpa insurans adalah salah di sisi undang-undang!

Sebab tu insurans kenderaan ni sangat penting untuk semua pemandu kerana ada mereka boleh dapat perlindungan bila ada kemalangan atau kecurian kenderaan.


3 JENIS INSURANS KENDERAAN

Insurans Kenderaan, Perlindungan Pihak Ketiga

1. Perlindungan Pihak Ketiga

Pihak ketiga tu semua orang lain kecuali anda. Anda sebagai pemandu adalah pihak pertama. Pihak kedua pula ialah syarikat insurans.

Untuk insurans kenderaan Pihak Ketiga ni, perlindungan akan diberi kepada orang lain jika ada kecederaan, kematian, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh kemalangan yang melibatkan kereta anda.

Anda tak dapat nak claim insurans untuk kerosakan kereta anda dengan insurans kenderaan Pihak Ketiga ni sebab tu harga premium adalah lebih murah. Insurans Pihak Ketiga ni sesuai untuk kereta lama sebab lebih berisiko untuk terlibat dalam kemalangan.

Insurans Kenderaan, Perlindungan Pihak Ketiga, Kecurian & Kebakaran

2. Perlindungan Pihak Ketiga, Kecurian & Kebakaran

Insurans kenderaan Pihak Ketiga, Kecurian & Kebakaran lebih mahal dari insurans Pihak Ketiga tadi sebab ada tambahan perlindungan untuk kerosakan kereta yang disebabkan oleh kecurian atau kebakaran.

Jadi, boleh buat claim kalau cermin kereta anda dipecahkan atau pintu dikopak atas cubaan mencuri. Tambahan, anda boleh claim insurans jika kereta anda terbakar.

Polisi insurans ni memberi perlindungan kepada anda sebagai pemandu dari tuntutan pihak ketiga. Kalau mereka ada kecederaan, kematian, kerugian harta benda atau kerosakan disebabkan oleh kereta anda.

Insurans kenderaan, Perlindungan komprehensif

3. Perlindungan Komprehensif

Bagi insurans kenderaan Komprehensif ni, anda dapat lebih banyak perlindungan untuk pihak pertama dan ketiga. Perlindungan yang sama macam Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian dengan tambahan perlindungan untuk kereta anda sendiri juga.

Kalau anda claim insurans untuk kecurian kereta atau kerugian keseluruhan, syarikat insurans akan bayar ganti rugi kepada pemegang polisi mengikut pasaran kereta semasa [Market Value]. Ada juga syarikat insurans yang akan bayar claim insurans kepada pemegang polisi dengan nilai yang dah dipersetujui [Agreed Value].


Macam mana nak dapatkan insurans kenderaan terbaik? Boleh baca di sini.

Hanya 3 langkah mudah untuk renew roadtax dan insuran online di www.carver.my! Kalau anda nak semak No Claim Discount (NCD) boleh klik di sini.