Langgar pokok boleh claim insurans ke?

Malang memang tak berbau. Kadang-kadang malang bukan dari orang langgar tapi salah sendiri. Sebab terkejut lipas lalu bawah kaki terus tertekan pedal minyak langgar pokok pula. Masa tu dah garu kepala. Tak pasal dah accident. Ye lah kos nak repair mahal. Otak mesti fikir claim insurans.

BOLEH KE CLAIM INSURANS?

Mestilah boleh claim insurans. Tapi bergantung pada polisi insurans motor. Kalau dalam polisi ada Perlindungan Polisi Komprehensif boleh claim insurans. Tapi kalau polisi third part coverage, maka tak dapatlah claim insurans. Terpaksalah bayar sendiri.

Kiranya bawah Perlindungan Polisi Komprehensif anda boleh claim insurans bawah Own Damage Claim (OD)/ kemalangan sendiri. Contohnya macam terlanggar pokok, dinding, pembahagi jalan atau tiang lampu.

TAPI MACAM MANA CARA CLAIM OD?

  1. Buat laporan polis dalam tempoh 24 jam
  2. Periksa kenderaan segera di bengkel panel untuk dapatkan maklumat mengenai kos dan pembaikan. Kalau hantar ke bengkel bukan panel akan ambil masa untuk buat tuntutan.
  3. Hantar laporan polis dan kos anggaran serta pembaikan daripada bengke ke syarikat insurans. Sekalikan dengan salinan polisi insurans, kad pendaftaraan kenderaan, disk road tax, ic dan lesen memandu.
kereta-langgar-pokok, insurans, claim insurans

KALAU LANGGAR TIANG LAMPU PULAK MACAM MANA?

Contohnya terlanggar tiang lampu TNB atau JKR. Lepas tu mereka tuntut pula ganti rugi sekali. Jangan risau, anda boleh claim insurans juga. Syarikat insurans akan tanggung kos tersebut. Hanya perlu hantar salinan notis tuntutan TNB/JKR tu ke syarikat insurans anda.

BOLEH KE CLAIM OD KALAU ORANG LAIN BAWAK?

Boleh, dengan syarat dia adalah pemandu dinamakan dalam polisi motor anda untuk memandu kenderaan yang anda daftarkan insurans. Biasanya percuma untuk letakkan dua nama pemandu dalam polisi motor. Tapi boleh tambah nama lagi dengan bayaran RM20.

KALAU ORANG YANG BAWAK KERETA TAK ADA DALAM LIST PEMANDU DINAMAKAN?

Yang ni tak boleh claim insurans tapi kena bayar RM400 iaitu compulsory excess yang diibaratkan macam saman sebab anda beri kebenaran orang tak cekap memandu kenderaan.

Berbaloikan kalau ada perlindungan tambahan ni? Tak payah garu kepala membayangkan duit melayang lagi. Tak payah nak risau semua boleh claim insurans je. Cadangan kami, eloklah sediakan payung sebelum hujan orang kata. Tapi sebelum nak tambah, baik check dulu polisi sama ada dah ada ke belum polisi tambahan ni.

Nak tahu insurans tambahan apa ada? Klik sini
Lesen dah expired, nak renew? Klik sini
Nak transfer ownership kereta atau motosikal? Klik sini
Nak kira harga roadtax? Klik sini
Nak check NCD? Klik Sini