Perkara anda perlu tahu tentang insurans windscreen!

Bayangkan tengah bawa kereta tiba-tiba ada batu melantun kena cermin. Terus retak ataupun pecah. Hal macam ni boleh jejaskan pemanduan kita. Sebab hanya batu kecil je, kerugian bukan main besar. Hal macam ni sebenarnya luar kawalan. Jadi lebih baik anda ambil insurans cermin kereta.

insurans cermin kereta, insurans windscreen

Kalau nak ambil insurans tambahan ni ada beberapa perkara yang mungkin kita belum tahu pasal insurans windscreen ni. Jadi, lebih baik kita fahamkan dulu sebelum ambil untuk elak salah faham.

1. Cara nak dapatkan

Boleh request pada ejen atau syarikat insurans. Kalau polisi insurans yang kita ambil ialah insurans komprehensif, boleh la tambah add-on coverage untuk windscreen. Boleh tambah add-on ni bila-bila masa je tau, tak semestinya masa renew insurans je.

2. Bahagian cermin kereta

Bahagian cermin kereta yang dapat perlindungan :- cermin depan, pintu depan, pintu belakang, tiga segi, mudguard dan belakang.

Kalau kereta dah sedia ada sunroof atau cermin bumbung pun akan dilindungi. Tapi kalau yang sendiri tambah, tak dapat perlindungan ya. Cermin canopy pulak dikategorikan sebagai aksesori tambahan dan side mirror pulak bukan dalam kategori cermin kereta, dua-dua tak dapat perlindungan.

3. Over-insurance & under-insurance

Over-insurance maksudnya insurans kita terlebih dan terpaksa bayar premium insurans lebih dari yang sepatutnya. Under-insurance pulak syarikat insurans bayar jumlah perlindungan je. Selebihnya kita kena tambah sendiri.

Contoh situasi over-insurance, cermin kereta pecah yang nak diganti cuma RM500 tapi insurans melindungi sehingga RM1000. Kalau under-insurance, harga cermin kereta RM700 tapi insurans melindungi untuk RM500 je. Jadi, kena tambah lagi RM200 pakai duit sendiri.

4. Tamat tempoh

Untuk insurans windscreen ni kena fahamkan cara dia dikira tamat tempoh. Kalau dah buat tuntutan penuh, kiranya habis dah polisi insurans tu. Kalau cermin pecah dan buat tuntutan separuh dari jumlah perlindungan, ada baki lagi separuh tu masih boleh guna.

5. Cara nak claim

Senang je. Bawak kereta pergi ke bengkel panel (kalau bukan panel, nanti susah nak claim!). Ambil gambar cermin kereta masa tengah retak seribu tu dan lepas dah cantik dibaiki. Lepas tu, isi borang claim insurans kat bengkel. Bila bagitahu nak claim pada syarikat insurans, diaorang tahu lah apa dokumen diperlukan. Pastu, siap!

Sebenarnya insurans cermin kereta ni penting sangat kalau anda selalu lalu dekat Kawasan yang berbatu kecil, pembinaan atau lombong. Jadi bolehlah pertimbangkan untuk ambil insurans ni untuk kemudahan sendiri. Kalau nak tahu insurans tambahan apa lagi yang boleh ditambah, klik sini.

Lesen dah expired, nak renew? Klik sini
Nak transfer ownership kereta atau motosikal? Klik sini
Nak kira harga roadtax? Klik sini
Nak check NCD? Klik Sini