5 Tips Pilih Minyak Hitam Untuk Enjin Kereta

Nak pilih minyak hitam kereta ni bukan senang ya. Tak semua model kereta boleh pakai satu jenis minyak hitam yang sama.

Ada banyak 5 benda kena consider sebelum kita pilih minyak hitam kereta kita.

Jom Carver kongsikan!


Ini adalah 5 cara pilih minyak hitam untuk kereta sendiri…

5 Tips Pilih Minyak Hitam Untuk Enjin Kereta

1. Model Kereta

Model kereta dan siri pembuatan kereta kita jadi keutamaan dalam memilih minyak enjin terbaik.

Makin advanced kereta, makin advanced juga minyak enjin kereta sekarang. Formulasi yang digunakan makin hebat!

Jadi yang mana model kereta lama tu kebanyakannya tak boleh pakai minyak hitam formulasi terkini. Kena cari jugak jenis yang biasa pakai sebelum ni.

2. Tabiat Pemanduan

Tabiat pemanduan ni termasuklah…

✅ Jalan yang dilalui

✅ Pemanduan jarak dekat atau jauh

✅ Kegunaan kereta

Semua ni perlu diambil kira sebelum menentukan jenis minyak hitam terbaik untuk kereta kita.

3. Jenis Minyak Hitam

Jenis minyak hitam ni ada 3…

👉🏻 Mineral Engine Oil

👉🏻 Semi-Synthetic Engine Oil

👉🏻 Fully-Synthetic Engine Oil

Ketiga-tiga jenis minyak hitam ni ada pros and cons tersendiri. Semuanya berbeza dan bergantung pada tahap kelikatan minyak enjin, ketahanan pada suhu dan had tempoh ketahanan.

4. Kelikatan Minyak Enjin

Dekat label minyak hitam ni terdapat kod unik (gabungan nombor dan huruf). Kod yang ditunjukkan ni merujuk pada tahap kelikatan dan ketahanan minyak hitam.

Ada dua nombor yang menentukan tahap kelikatan minyak hitam…

👉🏻 Nombor pertama berakhir dengan huruf W; aliran minyak hitam dalam suhu sejuk semasa enjin dihidupkan

👉🏻 Nombor kedua – aliran minyak hitam ketika suhu operasi normal

5. Standard Pensijilan Minyak Hitam

Setiap minyak hitam tulen ada standard pensijilan tersendiri yang gunakan akronim berikut…

  • API (American Petroleum Institute);
  • ACEA (European Automobile Manufacturers Association);
  • ILSAC (International Lubricant Specification Advisory Committee); dan
  • JASO (Japanese Automotive Standards Organization).

Kalau ada antara akronim ni pada label minyak hitam anda, ni tandanya minyak hitam tu dah melepasi standard pensijilan yang ditetapkan.


Nak pilih minyak hitam atau minyak enjin ni kena ada ilmu dulu. Dah fahamkan basic ni, barulah boleh cari yang sesuai dengan kereta kita!

Kenali 5 warna berlainan yang keluar dari ekzos kereta dan puncanya!

Check saman boleh guna online je sekarang!

Jom renew insurans & roadtax motosikal pada harga Rahmah!

Kira harga roadtax anda dengan Carver!

Lesen memandu dah mati? Renew sekarang!