Thermostat kereta ni komponen utama yang mengawal aliran cecair penyejuk atau air coolant dalam enjin kereta.
Kalau thermostat ni rosak, maka jadilah banyak penyakit lain berjangkit pada kereta. Antaranya temperature kereta naik dan enjin jadi overheat.
Macam mana nak beware dengan tanda thermostat kereta dah rosak?
Satu simptom ketara adalah kebocoran cecair penyejuk atau dipanggil air radiator bocor.
Selalunya masalah ni berpunca daripada thermostat ni tersekat atau tertutup. Benda ni jadi bila air radiator yang sepatutnya dialihkan ke dalam radiator untuk sejukkan enjin tidak berlaku.
Kenapa?
Bila thermostat rosak, secara tak langsung menyekat laluan air radiator dan akibatkan air bocor dan terkeluar.
Biasa bila temperature naik je mesti kita fikir akibat aircond bocor.
Tapi thermostat kereta rosak pun boleh sekat atau ganggu aliran penyejuk ke radiator kereta.
Bila benda ni jadi, suhu enjin jadi meningkat secara mendadak dan tiba-tiba.
Kalau kereta kita ada hasilkan bunyi dari enjin seperti bunyi berdengung, berisul atau berdentum. Ini mungkin berpunca dari thermostat kereta yang rosak!
Tak dinafikan kalau enjin kereta hasilkan bunyi pelik adalah tanda ada yang tak kena pada kereta kita.
Untuk thermostat, ni antara bunyi-bunyi yang berlaku…
๐๐ป Bunyi aneh
๐๐ป Bunyi bising
๐๐ป Bunyi ketukan (knocking)
๐๐ป Bunyi mendidih (boiling)
๐๐ป Bunyi membobok (gurgling)
Apa nak buat bila ada tanda-tanda di atas?
Bawa kereta ke bengkel dan minta yang pakar periksa. Kalau dah confirmed thermostat yang rosak, ganti lah dengan yang baru.
Thermostat ni tak mahal pun. Boleh check harga semasa dan bandingkan dengan bengkel yang anda pergi.
Nak tahu tanda absorber kereta dah mula bocor? Baca di sini
Nak tips simpan duit untuk bayar insurans kereta? Baca di sini
Nak renew insurans dan roadtax kereta? Klik di sini
Nak renew insurans dan roadtax motosikal? Klik di sini
Jom bertukar guna Etiqa Takaful untuk kenderaan kita! Klik di sini