Kereta wajib ada perlindungan peril khas

Perlu ke tambah perlindungan Peril Khas untuk kereta?

Admin
in Roadtax & Insurans, Tips
Mar 10 ·

Ingatkan dah tamat musim banjir hujung tahun. Rupa-rupanya, banjir datang lagi awal tahun! Masa ni dah menggelupur semak polisi insurans ada Peril Khas atau tidak?

Bila semak balik, baru tahu tak ada lagi tambah Peril Khas dalam polisi insurans kereta. Lagi meruntun hati ni.

Bila air naik tiba-tiba, mesti kita kalut nak selamatkan barang dalam rumah.
Kereta parking kat luar dah tak sempat buat apa-apa dah.

Last-last air naik paras bumbung, memang dah tak selamat lah barang-barang dalam rumah termasuk kereta di porch.

Itu yang dekat rumah, kalau yang tengah bekerja di bangunan pejabat atau sedang memandu dan air tiba-tiba naik? Memang tak boleh diselamatkan!

Tak pasal-pasal kita ada kereta banjir yang perlu dibaiki…

Kereta wajib ada perlindungan peril khas

APA KELEBIHAN TAMBAH PERLINDUNGAN PERIL KHAS?

1. Kos baiki kereta banjir ditanggung

Kalau kita ada perlindungan Peril Khas, tak adalah runtun hati kita nak fikir mana nak cari duit bayar kos baiki kereta. Tinggal hantar ke bengkel panel syarikat insurans kita dan serahkan sahaja kepada mereka.

Mereka akan uruskan pembaikan kereta dan kos ditanggung syarikat insurans.

2. Semua jenis bencana alam dapat cover

Bukan banjir je Peril Khas cover, bencana alam lain seperti ribut taufan, gempa bumi, tanah runtuh dan bencana lain akan termasuk dalam perlindungan Peril Khas. Syarikat insurans akan menanggung kos baikpulih kenderaan kita kalau ada apa-apa bencana alam berlaku.

3. Tidak perlu mengeluarkan wang poket sendiri

Kalau dah ada perlindungan Peril Khas, tak ada lah kita pening kepala cari duit untuk tanggung kerugian kereta tenggelam banjir atau terkena bencana alam yang lain.

Sebab tu kira WAJIB dah kita ambil Peril Khas dalam insurans kereta ni.
Kalau tak, siapa yang nak tanggung kos baiki kereta banjir kita?

Konsep Peril Khas hanya perlu diambil mengikut lokasi dan kegunaan kita tu dah tak boleh pakai. Sekarang apa-apa bencana alam kita dah tak boleh jangka. Baik sediakan payung sebelum hujan.

Peril Khas ni tak mahal pun berbanding dengan kos baiki kereta tu nanti.
Kiraan adalah mengikut sum insured insurans kereta kita…

Macam mana nak kira Peril Khas untuk kereta kita ni?

Kiraan untuk Peril Khas adalah 0.50% dari sum insured insurans kita.

Contohnya kalau sum insured kita RM25,000, caj tambah Peril Khas adalah RM125 sahaja!

Kalau baiki kereta banjir duit sendiri, anggaran kos dalam RM10,000 hingga RM70,000 bergantung kepada jenama dan enjin kereta. Lagi naya!

CEPAT tambah Peril Khas dengan Carver sebelum kereta tenggelam lagi!


Ada berapa jenis polisi insurans untuk bencana alam? Baca di sini

Cara claim insurans kereta tenggelam banjir? Baca di sini

Nak renew lesen secara online? Klik di sini

Nak transfer ownership kenderaan? Klik di sini

Nak check NCD? Klik di sini

    Comments are closed

    created with