Kenali 5 warna asap keluar dari ekzos kereta kita

Kenali 5 warna asap keluar dari ekzos kereta kita!

Admin
in Roadtax & Insurans, Tips
Mar 14 ยท

Sistem ekzos kereta kita ni direka khas untuk lepaskan bahan kimia bahaya yang dihasilkan oleh enjin kereta. Bila tak capai tahap yang selamat, macam-macamlah warna ekzos yang keluar.

Ramai ambil mudah hal asap kereta yang keluar dari kereta ni. Rasa macam takda beri kesan pun pada kita, asalkan kereta jalan.

Tapi sebenarnya asap-asap ni lah yang bahayakan nyawa! Dan setiap warna asap ni beri tanda yang berbeza pada kereta kita.


Kenali 5 warna asap keluar dari ekzos kereta ni

Jom gali lagi 5 warna asap kereta dan punca kerosakan…

1. Asap tidak berwarna

Kalau asap tak berwarna atau nampak sedikit kebiruan, ni tandanya kereta kita sihat berpunca dari proses pembakaran dalam enjin berlaku dengan baik.

2. Asap hitam

Asap hitam ni normal untuk kereta yang pakai minyak diesel.

Tapi tak normal untuk kereta yang pakai minyak petrol sebab ni dah jadi tanda proses pembakaran dalam enjin berlaku tidak sempurna. Mungkin ada kekurangan udara dalam enjin yang akibatkan lebihan bahan api diperlukan untuk proses pembakaran.

3. Asap putih

Asap putih ni normal bila kita baru start enjin waktu pagi. Ni terhasil oleh kehadiran wap air.

Tapi kena hati-hati. Ada juga masa kereta yang keluarkan asap putih ni disebabkan minyak pelincir dah masuk kebuk kebakaran. Ataupun ada kerosakan yang jadi dekat enjin kereta kita.

Biasanya asap putih tebal ni yang bahaya. Ni tanda ada kebocoran minyak pelincir dan ada bau tertentu.

Kedua, asap putih ni boleh jadi untuk menandakan ada kerosakan pada gasket silinder atau piston yang dah haus. Untuk kereta enjin diesel, asap putih pekat ni tanda sistem pembakaran kereta dah tak berfungsi secara optimum.

4. Asap biru

Asap biru ni pula tanda masalah yang berkaitan dengan enjin kereta yang sedang bakar minyak hitam. Ni jadi bila ada kerosakan kedap injap atau gelang piston yang dah haus.

Kalau asap biru ni keluar masa kereta tengah memecut, ni tanda gelang piston dah rosak yang berpunca dari kepala silinder. Benda ni biasa jadi untuk kereta yang dah tua.

5. Asap kelabu

Asap kelabu ni kalau keluar dari ekzos kereta, maksudnya ada masalah kat mana-mana komponen kereta kita.

Biasanya ni tanda enjin kereta kita dah bakar minyak gear atau minyak transmisi daripada silinder. Atau ada kerosakan pada gelang piston.


Kalau ada terbau asap macam terbakar, ni pun tanda pengecasan turbo kereta ada masalah. Cepat-cepat ke bengkel untuk periksa!


Nak tahu tanda-tanda thermostat kereta rosak?

Ketahui cara-cara jaga kereta ketika musim hujan!

Nak renew insurans dan roadtax kereta?

Mencari sebut harga Etiqa Takaful?

Nak kira NCD kenderaan secara online?

    Comments are closed

    created with