Bila cerita pasal kemalangan jalan raya kat Malaysia ni, rasa macam tak tercerita dah.
Banyak sangat kemalangan berlaku. Hari-hari pulak tu!
Ada yang sampai bergaduh atas jalan, maut, cedera parah. Macam-macam lah.
Tapi selama ni asyik dengar berita atau cerita orang je, kali ni terkena pula dekat diri sendiri.
Apa nak buat ni? Tak pernah ambil tahu langsung bab ni sebelum ni!
Kalau kemalangan dekat lebuh raya lagi lah resah, tiba-tiba je tow truck sampai.
Ha sudah. Aku terkena ke ni?
Jangan PANIK! Ikut je langkah-langkah ni bila berlaku apa-apa kemalanganβ¦
1. Pergi hospital
Minta sesiapa bawakan kita ke hospital cepat-cepat untuk dapatkan rawatan.
Kalau masih concussion, biasanya akan ada orang tolong panggil ambulan.
Tapi ingat! Kalau masih dalam keadaan sedar, benda pertama kena ambil adalah kunci kereta kita sebelum kita ke hospital. Syarikat towing selalu ambil kesempatan bila kita kemalangan di lebuh raya!
2. Buat laporan polis
Bila dah sedar atau stabil, kalau boleh pergi sendiri ke balai polis, lebih baik pergi sendiri. Buat laporan polis secepatnya setelah kita sedar kita alami kemalangan.
Kalau kita dalam keadaan teruk, laporan polis tetap perlu dilakukan oleh wakil atau waris kita. Kalau lambat buat laporan polis, lagi susah kita nak buat tuntutan insurans dan sebagainya.
Polis sekarang pun dah bijak, selalu minta rakaman dashcam bila ada kemalangan berlaku untuk memudahkan pihak mereka. Kalau tak ada rakaman dashcam, bagi je gambar kejadian!
ππ» No plet kenderaan
ππ» Warna dan model kenderaan
ππ» Nama, alamat dan nombor telefon pemandu
ππ» Lesen pemandu
ππ» Detail saksi (jika ada)
3. Hubungi syarikat insurans
Berurusan dengan syarikat insuran kita untuk aduan kemalangan. Biasanya masa ni ada beberapa dokumen yang akan diminta., Bagi sekali rakaman dashcam atau gambar kemalangan. Lagi senang untuk kita buat tuntutan.
Jangan tunggu sampai lebih 7 hari untuk call syarikat insurans!
4. Buat tuntutan kepada pihak-pihak tertentu
Kemalangan ni tak menentu. Kadang-kadang terjadi atas sebab salah kita sendiri. Boleh juga terjadi disebabkan orang lain.
Kalau kemalangan disebabkan orang lain, kita boleh tuntut insurans daripada syarikat yang dicarum olehnya.
Tayar kereta berbunyi? Baca di sini
Kenapa kena pasang dashcam kereta? Baca di sini
Nak transfer pemilikan kenderaan? Klik di sini
Nak check NCD? Klik di sini
Lesen memandu dah mati? Renew di sini