Dua jenis polisi insurans kereta untuk bencana alam

Mungkin ramai yang dah tahu tentang insurans tambah Peril Khas (Special Perils) untuk perlindungan bencana alam terutamanya untuk banjir. Tetapi masih ramai juga yang belum tahu yang insurans kereta untuk polisi bencana alam adalah berbeza-beza.

Sebenarnya ada dua jenis insurans kereta untuk bencana alam iaitu:


👉 Peril Khas (Special Perils)
👉 Peril Khas Terhad (Limited Perils)

Apa tu Limited Special Perils?

APA PERBEZAAN PERIL KHAS DAN PERIL KHAS TERHAD UNTUK BENCANA ALAM?

Peril Khas ni merupakan perlindungan untuk semua bencana alam termasuk banjir, ribut, taufan, tanah runtuh dan sebagainya. Untuk perlindungan ni, kadar yang dikenakan adalah 0.50% dari sum insured insurans kereta.

Jadi, jika sum insured anda RM50,000, jumlah kadar yang dikenakan untuk perlindungan Peril Khas adalah RM250.

Peril Khas Terhad pula hanya beri perlindungan untuk banjir dan ribut taufan. Untuk perlindungan ni pula, kadar yang dikenakan adalah lebih murah iaitu 0.25% dari sum insured.

Dengan sum insured RM50,000, anda perlu tambah RM125 sahaja.

Ramai yang mengambil Peril Khas Terhad ni sebab kosnya lebih murah berbanding Peril Khas. Tetapi anda perlu sedar yang tak semua jenis bencana alam akan ditanggung syarikat insurans jika anda insured dengan Peril Khas Terhad.

Peril Khas memang mahal sedikit tetapi kelebihannya premium! Apa salahnya kalau kita ambil Peril Khas siap-siap daripada nanti termenung sendiri dengan kos pembaikan.


Berbaloi ke ambil insurans tambahan ni?

Mesti lah lebih berbaloi sekiranya kenderaan anda rosak disebabkan bencana alam lagi-lagi sekarang musim banjir, anda boleh buat tuntutan kepada syarikat insurans.

Kalau tak ada… maksudnya anda perlu keluarkan duit poket sendiri untuk ganti rugi kerosakan. Sudah tentu lah kos baiki bukan murah-murah. Baru-baru ni ada mangsa banjir bagitahu yang kos baiki kereta milik beliau mencecah RM60,000!

Mana nak cekau duit RM60,000 untuk tanggung kos baiki kereta? Harga macam beli kereta baharu!

Jadi, janganlah ambil mudah terhadap polisi insurans kereta Peril. Lagi bagus kalau anda ambil Peril Khas siap-siap. Semua jenis bencana alam akan ditanggung syarikat insurans.


Cara claim insurans akibat banjir? Baca di sini

Kereta ada betterment? Apa itu betterment? Baca di sini

Nak renew insurans? Klik di sini

Nak kira harga roadtax? Klik di sini

Nak transfer ownership kereta? Klik di sini