Cara nak pasang dan tanggalkan roadtax!

Admin
in Tips
Aug 17 ยท

Siapa yang ada masalah nak tanggalkan roadtax setiap kali renew? Setiap kali tanggal mesti ada comot kesan gam. Bila dah malas nak hadap masalah ni, ada yang malas sampai susun bertahun-tahun dekat cermin kereta, ada juga yang tampal terus kertas roadtax dengan salotep. Macam-macam ragam sebenarnya bila sebut pasal tampal roadtax ni.

Jom kita ajar macam mana nak tanggalkan roadtax kalis comot hanya dengan air panas dan kain. Kalau tak ada kain pakai surat khabar pun boleh!

CARA TANGGALKAN ROADTAX DENGAN 4 LANGKAH

  1. Rendam kain/surat khabar dengan air panas baru masak
  2. Lekapkan pada bahagian cermin luar kereta. Pastikan dia betul-betul atas roadtax yang nak ditanggalkan.
  3. Tunggu 5 hingga 10 minit untuk gam cair
  4. Tarik roadtax perlahan-lahan dan walla! Roadtax berjaya tanggal tanpa comot!

Macam mana kalau dah tertanggalkan dulu lepas tu ada kesan gam! Jangan risau boleh guna cara ni

๐Ÿ‘‰ Ambil WD40 sembur pada kawasan yang ada gam, lepas beberapa minit sental dengan kuat guna kain. Lepas sental jangan lupa bilas dengan air.
๐Ÿ‘‰ Kalau cermin kereta ada tinted boleh pakai alkohol, minyak bayi, minyak masak atau perfume yang ada alkohol
๐Ÿ‘‰ Kalau cermin kereta tak ada tinted boleh aje pakai petrol/diesel, thinner, minyak zippo, adhesive remover atau window tint remover untuk hilangkan gam tu.

Cadangan kami macam mana nak mudahkan tanggal dan pasang roadtax masa hadapan

  1. Tampal roadtax pada sticker roadtax holder, lebih elok kalau yang berserta dengan plastic transparent. Kalau tak ada plastic transparent boleh guna plastik pembalut buku dan tampalkan atas road tax sticker holder
  2. Sekarang lagi moden sebab dah ada roadtax holder acrylic tak sampai rm30 dah boleh dapat.

Memandangkan zaman pun dah moden kan, mestilah ada solusi moden! Anda pilih! Kalau nak tahu macam mana nak renew roadtax online klik sini

Lesen dah expired, nak renew? Klik sini
Nak transfer ownership kereta atau motosikal? Klik sini
Nak kira harga roadtax? Klik sini
Nak check NCD? Klik sini

    Comments are closed

    created with