Kenapa semua pemandu wajib ada dash cam dalam kereta!

Zaman sekarang dah macam wajib nak kena ada dash cam supaya kita boleh bagi bukti kalau berlaku apa-apa macam ni.

Kemalangan pun berlaku hampir setiap hari. Ada yang salah orang lain tapi kita pulak kena tanggung sendiri. Bukan setakat kemalangan, perlakuan pemandu-pemandu atas jalan raya pun senang untuk dilihat.

Ada banyak kelebihan bila anda beli Dash Cam untuk letak dalam kereta.

kelebihan dash cam

APA KELEBIHAN DASH CAM UNTUK PEMANDU KERETA

1. Dash Cam boleh selesaikan masalah

Bila berlakunya kemalangan atas jalan raya, memang biasa lah kan ada perbalahan siapa yang salah.

Ada yang tunding jari kat orang ni, yang tu tunding jari kat orang lain. Memang semua tak nak mengaku salah!

Tapiā€¦ bila ada dash cam, boleh tengok balik kejadian tu. Memang terus boleh tahu siapa yang salah!

2. Dash Cam adalah bukti untuk report polis & tuntutan insurans

Boleh tengok balik kejadian semasa kemalangan, senanglah untuk selesaikan masalah sebab bukti dah ada. Kalau yang melanggar tak mengaku salah, tunjuk je footage tu!

Footage tu boleh bantu polis untuk buat siasatan lebih mudah. Nanti lagi senang jugak nak claim insurans.

3. Dash Cam boleh elak pemandu dari ditipu

Biasalah… penipuan ni boleh berlaku kat mana-mana je. Ada yang terdesak nak dapatkan duit jadi dia buat-buat kemalangan macam dilanggar dengan kereta kita.

Bila ada dash cam dalam kereta, anda boleh elak dari berlakunya penipuan macam ni.

4. Dash Cam adalah kunci keselamatan semasa tiada dalam kereta

Ada jenis-jenis dash cam yang mempunyai feature ‘mode parking’.

Kalau kita pergi mall parking sampai berjam-jam, dah nak balik dan tengok kereta ada kesan calar! Siapa pulak nak dipersalahkan? CCTV mall tak nampak atau tak berfungsi, macam mana nak cari si pelaku?

Jadi, dengan adanya dash cam anda boleh tengok balik footage di tempat kejadian dan cari siapa punya kerja.


Cara-cara nak claim insurans? Boleh baca di sini

Hanya 3 langkah mudah untuk renew roadtax dan insuran online di www.carver.my! Kalau anda nak semak No Claim Discount (NCD) boleh klik di sini.