Bila mak atau ayah atau pasangan kita meninggal dunia, macam mana nak tukar nama mereka sebagai pemilik kereta ke atas nama kita sebagai waris? Kalau aset kenderaan perlu ke ikut faraid? Atau ada cara lain yang boleh digunapakai?
Untuk menguruskan tukar nama pemilik kereta yang telah meninggal dunia, waris boleh membuat beberapa prosedur tukar nama. Prosedur yang dibuat memang boleh mengambil masa yang panjang tapi kalau kita buat dengan langkah yang betul, benda tak jadi renyah.
Sebaiknya, berbincang dan lantiklah seorang wakil dalam keluarga sebelum menguruskan pemindahan nama si mati. Persetujuan ni penting juga untuk mengelakkan sebarang masalah atau salah faham yang boleh berlaku akan datang.
Bila dah selesai perbincangan antara keluarga, boleh lah nak proceed untuk tukar pemilikan kereta si mati kepada waris.
Pastikan si mati ada sediakan wasiat rasmi untuk harta pusaka yang ditinggalkan. Lagi mudah nak buat proses tukar nama si mati bila ada wasiat rasmi. Kalau tak ada, kita boleh buat pemohonan di Unit Pembahagian Harta Pusaka Kecil sebagai waris si mati.
Pastikan waris terima Surat Kuasa, Kebenaran Pengesahan, Perintah Mahkamah atau Surat Pentadbir Pusaka ke atas setiap pemilikan harta yang ditinggalkan oleh si mati.
Kesemua dokumen ni kita akan dapat semasa proses untuk Urusan Harta Pusaka Kecil untuk si mati.
Waris boleh mula buat Proses Pertukaran Nama dengan menggunakan dokumen di atas.
Pastikan setel semua dokumen ni dulu baru pergi PUSPAKOM. Kalau tak setel nanti susah sebab step ni boleh makan masa berbulan.
Kalau terus pergi PUSPAKOM, tempoh sah borang PUSPAKOM tu hanya 30 hari. Dah lah pertukaran nama tak setel lagi, borang PUSPAKOM pulak expired, dah nanti kena pergi balik ke PUSPAKOM buat yang baru.
Jadi, setelkan dulu Proses Pertukaran Nama sebelum ke PUSPAKOM.
Habis je urusan Permohonan Pembahagian Harta Pusaka Kecil, kita kena bawa geran asal dan kenderaan (kecuali motosikal) si mati untuk buat pemeriksaan di PUSPAKOM.
Setel je pemeriksaan, barulah pihak PUSPAKOM akan keluarkan laporan B5. Laporan B5 ni tadi yang valid 30 hari je.
Kemudian, waris boleh berurusan dengan JPJ dan pergi ke ke sana terus untuk pemindahan pemilikan kereta.
Bawa sekali dokumen sokongan termasuk sijil kematian pemilik kereta dan laporan B5 yang Puspakom dah verified.
Bawa semua dokumen-dokumen penting semasa hadir di JPJ…
✅ 2 borang original JPJK3A yang telah diisi
✅ Geran asal kereta si mati
✅ Salinan IC waris
✅ Laporan B5 yang telah disahkan oleh PUSPAKOM
Kalau ikut semua steps ni dengan betul, setel lah urusan pemindahan nama kereta si mati ke atas waris.
Selesaikan urusan si mati ni merupakan kewajipan ke atas si waris juga termasuklah pemindahan pemilikan aset si mati. Jadi jangan tangguh-tangguh sebab proses ni boleh makan masa!
Proses pindah milik kenderaan pemilik yang sudah meninggal dunia boleh di buat di JPJ je. Lantik mana-mana servis pihak ketiga nanti tak boleh proceed.
Baca maklumat lanjut tentang proses tukar nama di JPJ di sini
Ketahui cara tukar nama hak milik kenderaan dengan mudah di sini
Nak renew roadtax? Klik di sini
Lesen memandu dah mati? Renew di sini
NCD boleh check secara online? Mestilah boleh di sini