Ramai yang tak tahu sebenarnya bateri kereta mempunyai dua jenis yang berlainan. Dan kedua-dua jenis ni ada berlainan fungsinya juga…
Apa dua jenis bateri kereta yang ada ni?
👉🏻 Bateri Basah
👉🏻 Bateri Kering
Haa pernah check tak bateri kereta sendiri pakai yang mana?
Senang kalau kita tahu jenis bateri kereta yang kita pakai ni. Boleh lah alert bila nak servis, tukar ganti dan kos bela bateri ni sendiri.
Tapi tahu tak apa perbezaan kedua-dua bateri ni?
Bateri basah ni juga dipanggil sebagai Maintenance Free Battery (MFB). Bateri jenis basah hanya memerlukan penyelenggaraan berkala contohnya menambah air suling ke dalam bateri.
Air suling bateri ni bukan boleh main letak je.
Air suling bateri ni juga memerlukan sukatan air yang ditetapkan untuk elak enjin jadi rosak. Air suling bateri ni perlu ditambah 4-6 minggu sekali.
Bateri kering ni juga dipanggil Low Maintenance Battery (LMB) sebab bateri ni tak perlukan apa-apa penyelenggaraan macam bateri jenis basah.
Kita hanya perlu pastikan terminal disambung dengan betul. Bila tamat riwayat je, bateri ni terus tak boleh guna dan perlu ganti dengan yang baru.
Kalau ikutkan bateri basah lebih murah. Tapi tu lah, leceh sikit nak jaga dia.
Asyik kena topup air bateri kalau kerap guna.
Kalau bateri kering, harga tak murah macam bateri basah. Tapi kita tak renyah nak jaga bateri ni. Tinggal pakai sampai tak boleh guna je.
Kebanyakan memang guna bateri kering. Tapi semua ni bergantung kepada citarasa dan poket masing-masing.
Apa beza insurans motor 1st party dan 3rd party? Baca di sini
Perlu ke ambil perlindungan tambahan dalam polisi insurans kereta? Baca di sini
Nak renew insurans dan roadtax kereta? Klik di sini
Nak renew roadtax motor? Klik di sini
Nak renew lesen memandu? Klik di sini