BEZA INSURANS FIRST PARTY DAN THIRD PARTY MOTOSIKAL

Beza insurans first party dan third party motosikal

Admin
in Uncategorized
Sep 7 ยท

Setiap kali nak renew roadtax motosikal, mesti info pasal first dan third party insurans motor ni tak ada dalam kepala kan?

Masa tu menggagau lah cari apa beza dua-dua ni. Duk study lama-lama, last-last tak renew pun roadtax tu sebab tak faham pasal basic insurans motor!

Beza kedua-dua jenis polisi insurans motosikal ni sangatlah penting untuk kita ambil tahu. Kalau jadi apa-apa kemalangan, at least kita dah aware dengan perlindungan motosikal kita.

Meh sini Carver terangkan apa perbezaan first dan third party insurans motosikal niโ€ฆ


BEZA INSURANS FIRST PARTY DAN THIRD PARTY MOTOSIKAL

๐Ÿ‘‰๐Ÿป INSURANS 1ST PARTY

Insurans 1st party ni dikenali sebagai insurans paling premium buat pengguna. Sebab insurans ni bagi perlindungan secara menyeluruh kepada pengguna motosikal.

1st party ada perlindungan untuk kes kecurian, kebakaran, motor hilang atau kerosakan yang disebabkan oleh kemalangan kenderaan ataupun harta benda pihak ketiga.

Kiranya 1st party ni insurans paling mantap sebab boleh melindungi motosikal anda dan pihak ketiga sekali. Banyak tuntutan yang boleh dibuat dibawah insurans 1st party.

Sebab tu harganya lebih mahal!

๐Ÿ‘‰๐Ÿป INSURANS 3RD PARTY

Insurans 3rd party ni akan bagi perlindungan kepada anda bila pihak ketiga buat tuntutan bila berlaku kemalangan atau kecurian yang disebabkan oleh motosikal anda.

Motosikal anda tak dapat sebarang perlindungan, hanya pihak ketiga sahaja yang anda langgar tu je dapat perlindungan.

Insurans ni boleh dikatakan insurans asas dan harga perlindungan ni lebih rendah serta mampu milik berbanding polisi 1st party.

Kalau rasa berat nak renew insurans sebab poket kering, ambil je insurans 3rd party! Ramai je buat macam ni.


Kalau tak tahu nak pilih yang mana, check poket dulu! Kalau ada bajet lebih, lebih elok ambil insurans 1st party.

Lagi berbaloi!


Microsleep boleh akibatkan kemalangan maut? Baca di sini

Ada persoalan tentang insurans kereta? Baca di sini

Nak renew insurans dan roadtax motor? Klik di sini

Nak renew lesen memandu? Klik di sini

Nak transfer ownership kenderaan? Klik di sini

    Comments are closed

    created with